BUAT DUIT DENGAN BLOG (SIRI 2)



Tutorial ini adalah sambungan dari siri yang lepas dan kali nie Al-Faqir akan terus kongsikan bersama rakan-rakan blogger sekalian mengenai Cara-Cara Untuk Membuat Duit Dengan Blog.

1. Menyertai Agen/Syarikat Pengiklanan

Caranya ialah dengan menyertai agensi pengiklanan seperti advertlets, nuffnang, mangga ads dan innity.
Untuk cara ini, anda tidak perlu menawarkan ruang iklan di blog anda untuk pengiklan. Tetapi, cukup hanya dengan menyertai agensi-agensi pengiklanan ini. Mereka akan bertindak sebagai orang tengah dengan menyediakan iklan-iklan daripada pengiklan untuk anda letakkan di blog anda.

Selalunya iklan ini mempunyai jenis-jenis tertentu. Anda hanya perlu meletakkan satu kod yang disediakan oleh agensi ini di blog anda, tidak kira di bahagian header, sidebar mahupun di bahagian entri, sebenarnya anda telahpun membantu mengiklan lebih daripada satu iklan.

2. Menjual Ruang Iklan


Jika blog anda mempunyai pelawat atau dipanggil unique visitors(UV) yang ramai setiap hari,minggu dan bulan, anda boleh mempertimbangkan untuk menjual ruang iklan di blog anda. Berkemungkinan besar, anda boleh meletakkan harga yang berpatutan terhadap iklan yang akan diletakkan di blog anda ini. Biasanya harga sesebuah ruang iklan itu ditentukan berdasarkan ranking dan google pagerank blog anda.

Tempoh sewaan boleh yang ditawarkan boleh jadi seminggu, sebulan atau setahun, bergantung kepada perjanjian yang dimeterai oleh anda dan pengiklan tersebut. Al-Faqir belum lagi start teknik nie sebab visitors xde la cecah beribu lagi, baru ratus-ratus je sehari, mungkin bila blog nie dah ade UV lebih seribu setiap hari, baru Al-Faqir start pakai teknik nie.

3. Program Affiliate

Anda juga boleh menjana pendapatan dengan menyertai program-program affiliate yang terdapat di internet. Apa itu affiliate ? Secara mudahnya, affiliate adalah rakan pemasaran di internet. Jika di alam realiti, affiliate ini boleh diibaratkan sebagai pegawai pemasaran ataupun jurujual. Sebelum anda menyertai sesebuah program affiliate, cuba pastikan program affiliate tersebut mempunyai niche dan topik yang sama dengan blog anda.

Sebagai contoh, jika blog anda berkenaan dengan teknik menguasai adobe photoshop, maka anda boleh menyertai program affiliate yang berkaitan dengan gambar, grafik laman web ataupun servis design laman web.Ini kerana, pelawat yang datang ke blog anda kebanyakannya berkeinginan untuk mendalami teknik membuat grafik yang cantik. Jika anda meletakkan iklan daripada program affiliate dalam kategori yang sama, potensi untuk anda mendapat komisyen adalah tinggi.

4. Servis


Melalui blog, anda sebenarnya boleh menjana pendapatan dengan memberikan servis dan perkhidmatan tertentu kepada pelanggan. Antara kelebihan menawarkan servis di blog anda ialah, perniagaan jenis ini tidak memerlukan stok, sebaliknya hanya memerlukan kebolehan anda selaku pihak yang menawarkan servis.

 Ada juga yang menjalankan servis design template dan banner blog sebagai punca pendapatan dari blog mereka. Ada juga yang menawarkan servis setup akaun adsense untuk mereka yang ingin bergiat dalam adsense.

5. Menjual Produk (Kedai Online)

Blog anda mempunyai potensi yang besar sebagai tempat untuk menjual produk anda sendiri. Sekiranya anda mempunyai produk untuk dijual, tidak kira produk digital atau produk fizikal, anda boleh menggunakan blog anda sebagai tempat menjual produk tersebut.



6. Review / Ulasan 

Cara ini ini boleh diaplikasikan oleh anda, jika anda mempunyai kelebihan dalam bidang penulisan atau berminat untuk mengasah bakat anda dalam bidang ini. Dengan memberikan ulasan/review berkenaan dengan sesuatu produk atau perkhidmatan yang dilancarkan, anda mampu menjana pendapatan tambahan di internet.

Teknik ini akan menjadi lebih berkesan sekiranya produk yang anda ulas itu dicari oleh orang ramai yang melayari internet.Ada juga blogger yang membuat pertandingan mengulas blog mereka. Anda dikehendaki menulis tentang blog mereka dan pamerkan entri tersebut di blog anda pula. Jika anda rasa pertandingan tersebut berbaloi untuk disertai, tak salah jika anda mencuba.

7. Teknik Blog Flipping

Al-Faqir rasa mungkin teknik ini nampak macam tak familiar bagi anda bukan? Baiklah, apakah teknik blog flipping ni sebenarnya?

Blog flipping merupakan satu teknik di mana anda membina sebuah blog, menjana trafik ke blog tersebut, make-up blog tersebut cantik-cantik, menaikkan Google Page Rank dan Alexa Rank, dan akhirnya menjual blog tersebut kepada orang lain. Untuk memudahkan cerita, anda adalah broker kepada blog tersebut.
Dengan teknik blog flipping ni, anda tidak menjadikan blog tersebut sebagai blog peribadi, sebaliknya blog tersebut dibina semata-mata untuk dijual kepada blogger lain. Anda akan dapat keuntungan melalui penjualan blog tersebut.

Jika anda ingin sumber untuk membina blog percuma, anda boleh mendapatkannya di blogspot atau wordpress. Namun jika anda ingin meningkatkan nilai blog yang bakal anda jual nanti, Al-Faqir sarankan anda membina sebuah blog self hosted.

Jadi, korang semua dah tahu bagaimana cara untuk menjana wang dari blog masing-masing. Diantara cara-cara diatas, Al-Faqir akan fokuskan tutorial dan tip ini untuk menjana wang dari cara pertama. Iaitu dengan cara menyertai agen@syarikat pengiklanan internet. Dan Al-Faqir akan fokuskan dengan mendaftar bersama syarikat NUFFNANG.

Untuk tips yang seterusnya, Al-Faqir akan membawa pembaca sekalian untuk mengenali dengan lebih dekat lagi syarikat NUFFNANG nie. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Al-Faqir akan menerangkan bagaimana nak mendaftar dengan syarikat ini. Kemudian mengenali bagaimana NUFFNANG berfungsi dan bagaimana cara mereka membayar para blogger. Setelah itu, Al-Faqir akan kongsikan pula tips2 untuk memaksimumkan earnings yang boleh kita kaut dari NUFFNANG ini.

So untuk TUTORIAL KE-3 yang akan datang, Al-Faqir akan sambung dengan topik
KENALI NUFFNANG


Bersambung di - BUAT DUIT DENGAN BLOG (SIRI 3)



Related Posts :-

30 comments:

Pustaka NurIman said...
This comment has been removed by the author.
Pustaka NurIman said...

jom sertai program affiliate 100% patuh syariah kami & buru keberkatan rezeki dunia akhirat...insya-Allah kalau jalannya betul ikut landasan islam

www.stormreaders.net/pustakanuriman

Ir. Jamal said...

InsyaAllah..

Miecyber said...

Tips yang bagus...Makasih sobat...

Tandas segera

Ir. Jamal said...

sama2... tandas pun ade yg segera ka..hehe

feyus said...

yap, satu tips yang berguna. thanks bro.
Mak Nyah n Gay cuba nak Add FB gua

Ir. Jamal said...

Your welcome feyus...
Mak Nyah tertarik ape la ngan ko nie..hehe

sabree hussin said...

semuanya makan masa.. perlu sobar ni untuk dapat hasil

Ir. Jamal said...

memang la...mane ade bende mudah kat dunia nie..ingat senang ke nak cari duit..hehe

tapi kalau betul caranya dan rajin bertanya otai2 blogger..InsyaAllah..kalo x dpt banyak, sikit2 tue mesti akan dapat income jugak dari berblogging nie..

Blog Sensasi said...

mekasih ..info yg bagus untuk blogger seperti aku ni

Ir. Jamal said...

sama2 kasih..hehe

sabree hussin said...

saya suka income dari affiliate.. lagi banyak boleh dapat

Ir. Jamal said...

Yeke..boleh la ajar kalo nie..hehe

Kak Mahh said...

Satu perkongsiaan maklumat yang bagus.

Ir. Jamal said...

Thanks zmah..:-)

Unknown said...

Menyediakan perkhidmatan Zapin, Silat & Kompang untuk majlis perkahwinan, majlis perasmian. (rasmi atau tidak rasmi).

Senarai harga perkhidmatan :
1) zapin RM 140.00 + transport
2) silat RM 80.00 + transport
3) kompang RM 150.00 + transport
4) pakej (silat + kompang + zapin RM 300.00 + transport.

http://warisanmelayujohor.blogspot.com/p/hubungi-kami.html

Ir. Jamal said...

Aish..promote sekali je cukup la bang..jangan nak post kat semua entry..

hisham said...

hehehe... memang berbaloi kalo pandai buat duit dengan blog ini... apa yang penting ialah siri penulisan yang membina kerana ia boleh menjamin tarikan traffic yang tinggi

Ir. Jamal said...

Memang betul tue Hisham..Thanks

kerja sambilan said...

Byk jugak teknik2 lain untuk buat duit dengan blog...

Ir. Jamal said...

Memang banyak pun, ini hanyalah sebahagian je daripada banyak-banyak teknik tue. Kalau rajin belajar dan explore, InsyaAllah masyuk jugak la income dari ber-blogging nie kan..

:-)

reezluv said...

caranya memang banyak..thanks

Ir. Jamal said...

your welcome reezluv..

zeqqin said...

syukur ada org mcm saudara sudi kongsi info yg sgt berguna ini. tq...

Ir. Jamal said...

Sama-sama..

"Sharing Is Caring"

DEZAMAN COTTAGE said...

good info.....

Ir. Jamal said...

Thanks Dezaman..

asraff said...

buku ni mmg sesuai utk newbie yg baru berjinak-jinak nak buat duit dgn blog....info yg bagus dan berguna utk dipelajari sambil mengaplikasikannya....

Ir. Jamal said...

Betul tue asraff..:-)

MyKeyPad said...

Kalau kat blog aku,guna ads Buzzcity,dia pakai pay per click,bolehlah dapat dalam 1 dollar sehari..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...