Tujuan Dan Halatuju Berblogging


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Ini adalah entry terpenting dan seharusnya dibaca oleh semua blogger-blogger yang baru menceburkan diri ke dalam dunia blog ini. Sebenarnya sudah lama Jamal nak share entry mengenai “Tujuan dan Halatuju Berblogging” nie. Tapi disebabkan Jamal rase rendah diri dan belum layak lagi nak bagi cadangan kepada korang semua, jadi Jamal tangguhkan niat itu sehinggalah hari ini.

Sebelum memulakan sesuatu perkara itu, seharusnya kita perlu menetapkan dahulu tujuan dan okjektif perkara tersebut. Begitu juga halnya dengan berblogging nie, dengan adanya tujuan dan objektif, blog kita akan lebih tersusun dan lebih diminati pembaca pada kemudian hari. Tidaklah nanti blog kita menjadi blog yang rojak dan tiada identiti tersendiri.

Dan mari Jamal kongsikan pula apa yang perlu ada bagi seseorang blogger itu dan apa yang perlu mereka lakukan.

Minat

Seseorang blogger itu perlu ada minat dan keinginan untuk berblogging. Ia bukanlah sekadar “Hangat-Hangat Tahi Ayam”. Mula-mula start berblogging buat sampai 5 post sehari, tapi lepas sebulan nak buat 1 post seminggu pun sakit. Setiap orang pastinya mempunyai minat dan keinginan yang tersendiri, so kalau boleh buatlah sebuah blog yang menepati minat dan hobi kita sendiri ye. Kerana untuk menjadi seorang blogger yang berjaya, kita perlulah berdedikasi dan bersungguh-sungguh dalam membangunkan blog kita sendiri. Ia bukanlah semudah yang kita sangkakan.

Tetapkan Tujuan dan Halatuju Blog

Setiap perkara yang kita lakukan mestilah mempunyai tujuan dan objektif yang ingin dicapai. Samalah juga halnya dengan berblogging ini, kita perlu menetapkan sekurang-kurangnya satu objektif supaya blog yang kita usahakan nanti tidak tersangkut di tengah jalan disebabkan kekeringan idea ataupun hilang pedoman. So bagi yang ingin berblogging itu, tetapkan matlamat yang simple-simple dulu. Jangan setkan matlamat yang terlampau tinggi, kerana apabila kita tidak dapat capai matlamat tersebut, kita akan hilang semangat untuk berblogging nanti.

Identiti sendiri

Cuba fikir dan hasilkan blog yang  mempunyai kelainan dan unik dibandingkan dengan blog-blog yang lain. Korang fikir la macam mana nak buat blog korang tu jadi special dan unik ye, Jamal pun susah nak bagi cadangan. Kalau nak lebih hebat lagi, korang beli la domain dan hosting sendiri dan setkan nama domain yang melambangkan identity blog korang yang tersendiri. InsyaAllah akan datang blog nie akan mempunyai domain dia sendiri. Cuma Jamal masih dalam proses mencari nama domain yang sesuai.

Sentiasa Update

Dunia blog nie memerlukan komitmen dan dedikasi dari para blogger sekalian. Korang semua mestilah sentiasa update blog dengan buat sekurang-kurangnya 2 atau 3 entry seminggu..Ia untuk melatih diri kita berdisiplin disamping menunjukkan kepada para pembaca sekalian yang blog kita nie aktif. Jika kita jarang update blog, pastinya para pembaca tidak suka datang ke blog kita nanti. Jika kita lihat blogger-blogger famous sekalian, mereka semua buat lebih dari 3 post sehari. Sebab tue la mereka ramai pengikut dan pembaca setia.

Duit

Pastinya ramai blogger yang membuat blog untuk mendapatkan income darinya. Tapi Jamal nak ingatkan yang bukan mudah untuk buat duit dari blog nie. Melainkan blog kita sudah mencapai traffic beribu-ribu Unique Visitors (UV) sehari. So sebelum kita fikirkan untuk buat duit dengan blog nie, kita perlu lebih tumpukan untuk meningkatkan traffic ke blog kita dahulu. Bila dah capai traffic yang tinggi, barulah kita tumpukan untuk menjana duit dari blog tersebut. Dan kalau boleh, janganlah korang penuhkan blog tersebut dengan iklan. Kerana ramai pembaca yang tidak suka blog yang penuh dan padat dengan iklan hinggakan sukar untuk mereka membaca post dan isi blog kita nanti. Dan seterusnya akan menurunkan traffic ke blog kita. Boleh baca 7 Cara Buat Duit Dengan Blog Disini.

Belajar

Sentiasa belajar dari sehari ke sehari. Bak kata pepatah Melayu “Malu Bertanya Sesat Jalan”. Rajinkanlah diri korang untuk bertanya dengan para blogger yang dah otai. Jamal nie biase-biase je, blom taraf otai lagi tau, hehe. Tapi kalau korang tanye Jamal, InsyaAllah Jamal akan bantu mana yang Jamal mampu ye. “Sharing Is Caring”.
Kenalan

Dan diantara yang terpenting dalam dunia blog ini ialah rakan-rakan blogger yang mampu berkongsi pelbagai ilmu dan pendapat yang boleh memajukan diri dan blog kita semua. Maka Jamal harap kita semua janganlah sombong ye, tak kira la korang blogger baru mahupun blogger otai.

Gud Luck semua, kalo suka tips nie, korang kongsikan la di blog korang semua dan letakkan link dan credit ke blog Jamal nie ye. Thanks semua.


"Sharing Is Caring"

20 comments:

cik gelong said...

alamak!! CG kena balik mehasabah diri la cm ni.. CG xtaw lg wat blog untuk apa.. mcm2 ada.. cacamarba jd.. huhuhu.. cmpur gn contest, isu semasa, humor.. heheh... terasa begitu rendah diri lak

Ir. Jamal said...

Betul..sebab tak setkan tujuan dan halatuju blog la jadi cacamarba macam tue..

Takpe, lepas nie CG ambil mase sikit untuk buat research, fikirkan blog CG tue nak jadi blog yang macam mana..

Boleh campurkan macam-macam topic dalam satu blog..tapi kena pandai manage la ye..jangan contra sangat topic-topic tue..

cik gelong said...

xpe.. CG cuti nt.. CG pikirkan.. hurm.. Jamal leh suggest idea x?? hehhehe..

JijieNinie said...

salam.... tq en.jamal for sharing this ino. insyaALLAH sy akan manfaatkan sbaiknye utk blog sy.... tq byk2. =)

Ir. Jamal said...

InsyaAllah boleh CG..nanti kite sembang-sembang lagi ye..via FB or YM ke..senang sikit Jamal nak suggest idea kat CG..

Waalaikumussalam Miss Jijie..your welcome..try la apply tips nie ye..:-)

cik gelong said...

InsyaAllah.. CG law leh, nk blogwalking byk2 sblom CG cuti..
so, nk wat bbrapa entry ciap2 sbagi gnti masa cuti.. ngah cari idea lg..

Ir. Jamal said...

Orait..Gud Luck ye CG...

Sunah Sakura said...

salam jamal..tak sangka jumpa semula blog ni...nice sharing...terima kasih.. :)

Ir. Jamal said...

Waalaikumussalam Cik Sunah..

Thanks sudi singgah blog Jamal ye..:-)

Dewi Batrishya said...

OOoOOOOOooOOooooooOOoo...

Nasz said...

Ada btulnya...thanx for sharing..

Ir. Jamal said...

Your Welcome..:-)

Miecyber said...

Makasih di atas tunjuk ajarnya ya sobat..


Saya berbloging karena,

a.Berkongsi infomasi

b.Menambah kenalan

c.Jika ada rejeki mungkin saya menerima sedikit uang dari berbloging ini.

Miecyber said...

Makasih di atas tunjuk ajarnya ya sobat..


Saya berbloging karena,

a.Berkongsi infomasi

b.Menambah kenalan

c.Jika ada rejeki mungkin saya menerima sedikit uang dari berbloging ini.



Kantoi . Part 2.

Scripters said...

Terima kasih En Jamal...Cerita Aku pun masih tercari2 identiti sendiri :(

Ir. Jamal said...

Sama-Sama semuanya...Semoga kita semua berjaya mencapai cita-cita dan tujuan dengan berblogging nie ye..:-)

ajumohit said...

betul, pd masa yg sama ia menarik pembaca yg sama minat dgn kita..contohnya isu kekeluargaan, kesihatan ditambah dgn pggunaan ayat yg sedap dibaca..pasti org terpikat

Ir. Jamal said...

Setuju kak..memang begitu la sepatutnya. Semoga mendapat perkongsian yang bermanfaat dalam dunia maya nie. InsyaAllah

Encik Anif said...

Memang benar, blogger perlu ada identiti sendiri dan yang terpenting ialah mengupas sesutu isu dari perspektif sendiri.

Post Terbaharu Saya - Mozilla Firefox 8.0

Ir. Jamal said...

Benar tue Anif..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...