Hakikat Zikir | Zikir Hati | Kelebihan Zikir

PERIBADI BERZIKIR

Zikir
menjadi keperibadiannya
ALLAH tujuannya, rasulullah SAW teladan dalam hidupnya
Dunia inipun menjadi syurga sebelum syurga yang sebenarnya
 
Bumi menjadi masjid baginya
Rumah, pejabat, hotel sekalipun menjadi musholla baginya
Tempat ia berpijak, meja kerja, bilik tidur, hamparan sajadah baginya
Kalau dia bicara, bicaranya dakwah
Kalau dia berdiam, diamnya zikir
Nafasnya tasbih

Matanya penuh rahmat ALLAH penuh kasih sayang
Telinganya terjaga, fikirannya baik sangka, tidak sinis
Hatinya Subhanallah diam-diam berdo'a, do'anya dalam diam

Tangannya bersedekah
Kakinya berjihad dia tidak mahu melangkah sia-sia
Kekuatannya silaturrahim
Kerinduannya tegakkan syariat ALLAH

Kalau memang hak tujuannya maka sabar dan kasih sayang strateginya
Asma' ammanina cita-citanya tertinggi teragung syahid di Jalan ALLAH
Dan sungguh menarik kesibukannya ia hanya asyik memperbaiki dirinya tidak tertarik mencari kekurangannya aib orang lain
Hadirilah majlis-majlis zikir, menikmati hidangan ALLAH terlazat "ZIKRULLAH"
 
Hasil Karya Sahabatku,
Bang Muslimmaliq Miming (Jakarta)
Diedit oleh Al-Faqir Ilallah Jamaluddin bin Abu Bakar 




hakikat zikir | rahsia zikir | dzikir | kelebihan zikir | zikir hati | zikir sirr | zikir zahir | zikir batin | tujuan zikir | zikir jahar | manfaat zikir | maqam zikir | pahala berzikir | berzikir

3 comments:

HAFIZAL said...

alhamdulilah...tenang sikit dengan membaca dan menghayati kelebihan berzikir ini...tq en jamal

Taste Of Tapah said...

sangat berguna info ini jamal... perlu muhasabah diri selalu untuk menjadi hamba Allah yang terbaik.... semoga Allah selalu bersama hamba-hamba yang mengingati-Nya... amin

Ir. Jamal said...

Alhamdulillah..semoga kita semua dapat menghayati mesej yang ingin disampaikan..InsyaAllahu Taala..AMIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...