Cara Letak Meta Tag di Blog

Sebelum Letak Meta Tag

Selepas Letak Meta Tag


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Dah lama rasenye Jamal tak kongsikan dengan korang semua berkenaan dengan tips-tips untuk untuk menjadikan blog kita mesra SEO. InsyaAllah hari nie Jamal akan kongsikan satu tutorial yang amat penting untuk berjaya dalam permainan SEO iaitu Tutorial Cara Letak Meta Tag di Blog.

Meta tag ini amatlah penting kerana ianya mempengaruhi kejayaan blog korang apabila diindeks oleh enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya. Dengan mengubah Meta Tag ini, InsyaAllah blog korang akan lebih mesra dengan enjin carian (search engine) dimana Jamal akan tunjukkan bagaimana cara untuk meletakkan Tajuk Entry/Post korang dibahagian hadapan Tajuk Blog korang.

Kebiasaannya apabila seseorang itu menggunakan enjin carian (search engine), apa yang akan dipaparkan dalam keputusan carian tersebut ialah seperti gambar diatas yang Jamal letakkan tue. Iaitu dimana Tajuk/Nama Blog kita akan didepan diikuti dengan Tajuk Post/Entry kita. Dan setelah menukar Meta Tag tersebut, keputusan dalam enjin carian adalah seperti gambar kedua tue. Dimana Tajuk Post/Entry kita akan berada dihadapan dulu, kemudian diikuti dengan Nama/Tajuk Blog kita.

Ianya secara tidak langsung memberi kelebihan kepada setiap Tajuk Post/Entry kita untuk diindeks dahulu berbanding dengan Nama/Tajuk Blog kita. Meta Tag sememangnya sesuatu yang amat berguna kepada sesiapa yang ingin mempelajari dan mengaplikasikan teknik SEO supaya blog korang akan menjadi lebih mesra enjin carian (search engine)

Dibawah nie ialah Tutorial Cara Bagaimana Letak Meta Tag di Blog korang semua :-

  • Pergi ke DASHBOARD > DESIGN > EDIT HTML
  • Cari code dibawah nie dan untuk memudahkan pencarian, korang boleh tekan Ctrl + F dan paste coding ini untuk search ye.
<b:include data='blog' name='all-head-content'/>
    <title><data:blog.pageTitle/></title>
  •  Bila dah jumpe code diatas, tukarkan code tersebut dengan code dibawah nie.
<b:include data='blog' name='all-head-content'/>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<b:else/>
    <title><data:blog.pageTitle/></title>
</b:if>
  • Bila dah siap, korang tekan button preview dulu tengok ada error ke tak ye. Kalau nampak semua ok, baru save. Dan dah siap.
 Selamat mencuba, Gud Luck kawan-kawan
"Sharing Is Caring"




cara letak meta tag di blog, bagaimana letak meta tag di blog, tutorial letak meta tag di blog, cara ubah meta tag di blog, cara edit meta tag di blog, fungsi meta tag, cara pasang meta tag

16 comments:

Firdaus Life said...

terima kasih share ni. dah ubah :)

Ir. Jamal said...

Sama-sama Freaky...

Ade error tak kalau guna cara nie. Dan dah berfungsi tak Meta Tag tue. Kadang-kadang ambil masa jugak untuk ianya berfungsi

CikRangers (CR) said...

salam jamal..dah cuba.so far takde error.cuma camne nak tau meta tag tu berfungsi or tak ye?

Ir. Jamal said...

Waalaikumussalam CR,

Cuba klik kat Title Entry/Post kita dan kemudian lihat apa yang terpapar di Tab Mozilla/IE korang. Ade tak keluar tajuk title didepan kemudian baru Nama Blog.

Kalau keluar macam tue, kira dah jadi la Meta Tag nie. Untuk ianya berfungsi di enjin carian, mungkin akan mengambil masa sikit la.

cha apple said...

terima kasih :)

CikRangers (CR) said...

hehehehe..mcm tade pun.tapi xpela..kot2 lambat ke kan.janji dah cuba.papepun tenkiuu ye jamal coz share tutor ni.. :)

Ir. Jamal said...

Yeke..takpe la, sabar ye CR. Maybe lambat sikit kot die nak tukar setting tue..

Ir. Jamal said...

CR : Jamal dah try kat blog Jamal yang satu lagi tutorial nie. Alhamdulillah jadi..:-)

aizura said...

yes dah tukar & dah jadik pon... trime kasih... info yang bergune utk kiter semua...

Ir. Jamal said...

sama-sama. Tahniah dah jadi.

InsyaAllah nanti Jamal buatkan tutorial untuk tambah Blog Description dan Keyword di Meta Tag tue pulak..

Nantikan ye....

Hpmurah2u said...

macam nak try je..tq

regards,
jom tengok hanpon

Rean said...

baru je jumpa tutorial ni, thank u so much! :)

Ir. Jamal said...

Your Welcome..:-)

whose said...

saya dah cuba..tp nmpknya tidak berjaya..mgkn lambat skt baru ubah settings mengikut kata en.Jamal.

Kalau berjaya saya gtau. Thankz

headayahchul :) said...

Terima kasih , semua tutorial byk membantu :) good job!

Hafiz Hafizol said...

Salam.. sy pakai tutorial nie.. Harap membantu n berkesan :) tenx 4 sharing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...