Tutorial Cara Buat Link Exchange di Blog

Link Exchange

Entry Jamal sebelum nie iaitu mengenai "Jamaluddin.net Exchange Link Dengan Syuxer Melankolia" telah menarik minat ramai diantara korang semua. Disebabkan kebanyakkan daripada rakan-rakan Jamal masih belum tahu untuk menggunakan fungsi RSS Feed nie, maka Jamal buatkan tutorial ini khas buat panduan korang semua. Maka Jamal namakan tutorial ini dengan nama :
  • Tutorial Buat Link Exchange Di Blog
  • Cara Buat Link Exchange Di Blog
  • Cara Install Widget Exchange Link
  • Cara Pasang Widget Link Exchange
  • RSS Feed Exchange
 
Jamal letak macam-macam nama untuk tutorial nie disebabkan pelbagai istilah telah digunakan oleh para blogger untuk mentafsirkan Widget ini. Contoh kedudukan dan gambar Link Exchange nie adalah seperti gambar dibawah nie. Iaitu link Jamaluddin.net yang telah diletakkan di blog Syuxermelankolia.


Kepada sesiapa yang berminat ingin mengaplikasikan widget ini, Jamal cadangkan korang semua mencari pasangan blog korang. Seelok-eloknya blog yang Alexa Rank dan average traffic ke blog mereka adalah lebih kurang dengan blog korang. Ia bagi mewujudkan keadaan win-win situation. Kiranya macam bertukar link secara "Suka Sama Suka" jugak la nie.

Dah panjang Jamal membebel nie, Jom la Jamal start tutorial macam mana cara nak pasang/tambah widget Link Exchange nie blog korang semua ye. Boleh ikut langkah-langkah dibawah nie ye :-

  • Klik Design >> Add a Gadget >> Feed
  • Kemudian masukkan URL untuk RSS Feed blog yang korang nak exchange link tue. Contoh URL untuk RSS Feed tue adalah seperti dibawah nie.
  •  Korang boleh gantikan URL http://www.jamaluddin.net dengan URL blog yang korang nak exchange link tue. Contoh Jamal bagi lagi kat bawah nie, kalau untuk blog Syuxer
  •  Bila korang dah tambahkan URL nie, korang boleh letakkan kotak Widget Link Exchange nie di mana-mana bahagian yang korang suka. Jamal cadangkan korang letak link tersebut betul-betul diatas kotak entry/post korang. Kerana kebarangkalian untuk pengungjung kita nampak dan klik link tersebut adalah amat tinggi dilokasi itu. Jika nak letak di sidebar pun boleh, terpulang kepada orang yang korang nak exchange tue la ye. 

Dan kalau korang masih takde pasangan blog untuk link exchange tue, korang letak je la RSS Feed blog Jamaluddin.net nie...hehe..

Sekian dulu tutorial dari Jamal untuk kali nie, jika ada sesiapa yang masih menghadapi masalah untuk ikut tutorial nie, korang boleh tinggalkan komen ye.

"Sharing Is Caring"
Good Luck Semua

  

exchange link blog, cara exchange link blog, cara exchange feed, cara buat link exchange di blog, cara pasang widget link exchange, cara install widget link exchange, tutorial pasang link exchange di blog

15 comments:

idafirdausi said...

alhamdulilah dah reti wat.. and dah pilih blog incik jamal as my exchange link..

nak tanya.. if kite nak letak gambar kat sidebar but after klik gambar teros direct masuk kat blog cammna eh?? cam iklan-iklan tu la.. hehehehee.. boleh tolong ajarkan??

Ir. Jamal said...

Thanks Cik Ida, really appreciate that.

Because of that la, Jamal selalu singgah blog Cik Ida dan tinggalkan komen. Kalau tak busy, boleh kata tiap hari jugak la Jamal singgah kan..hehe

Mesti la boleh Cik Ida, nanti Jamal selongkar tutorial dan HTML coding yang Jamal ade ye. Kalau dah jumpe nanti Jamal inform Cik Ida tau..:-)

Buat sementara nie Cik Ida boleh tengok Tutorial yang Jamal dah pernah kongsikan dulu iaitu "TUTORIAL CARA NAK PASANG IKLAN CHURPCHURP" yang cumil tue. Boleh refer link nie.

http://www.jamaluddin.net/2011/04/tutorial-cara-pasang-iklan-churpchurp.html

Norhisham Nordin said...

jamal punye feed dah pasang dah ari tu... tapi tersilap title laa... patutnya letak rakan mentor, bukan rakan tutor... huhu... akan dibetulkan nanti...

Unknown said...

thank jamal..sebab kongsi hehee..sape nak jadi teman bro ni..cepat isi borang heheee...penyampaian yang bagus.

Anonymous said...

harap yer semua boleh manfaatkanya....benda senang tapi slumberdek terkontang kanting memcari sebelum ni.

CikRangers (CR) said...

ala..RSS jamal dah letak dah..

Ir. Jamal said...

Thanks semua..:-)

Elih Japahar said...

ada tak nak tukar dgn sy hehe

Ir. Jamal said...

Cuba PM Bro Ahmad tue kalau die nak..:-)

Ammar said...

Menarik ni..nak buat jugak lah

Ir. Jamal said...

Buat jangan tak buat Ammar..:-)

Firdaus Life said...

menarik exchange link.. thanx share ni

geeAhmad said...

tq ! saya guna link En.jamal :)

Annasemutmerah said...

tq en. jamal....sangat2 membantu.

VyNerSOFT said...

thanks jamal .. tercari2 akhirnya jumpa juga ,,

sekali sekala kunjungi juga blog buruk - http://vynersoft.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...