Jamal sebagai seorang pemegang biasiswa JPA dan seperti yang telah termaktub didalam perjanjian Biasiswa JPA dengan ini telah melaksanakan tanggungjawab Jamal untuk melapor diri setelah tamat pengajian.
Diingatkan : Kepada semua pemegang Biasiswa JPA, anda semua diwajibkan melapor diri kepada JPA dan sekiranya ingkar, sepucut surat peringatan akan dihantar kealamat masing-masing. Seperti yang berlaku kepada Jamal, setelah Jamal dapat surat tue, baru la sibuk-sibuk nak lapor diri. Takut jugak tak pasal-pasal kena bayar 110 ribu seperti dalam surat perjanjian. Nie dah selesai lapor diri, baru la lega sikit kepala.
Anda semua boleh mendapatkan Borang Pendaftaran Tamat Pengajian Pemegang Biasiswa Persekutuan/JPA disini
| Contoh Letter Head |
Diantara dokumen-dokumen yang diperlukan untuk dilampirkan bersama borang tersebut ialah :-
- Salinan keputusan setiap semester/tahun yang telah disahkan (Transkrip)
- Salinan Ijazah/Diploma yang telah disahkan
- Salinan bukti pendaftaran dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Latihan, Aras 5, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Wilayah Persekutuan Putrajaya
So far, layanan yang diberikan oleh pegawai disana memang bagus, tak sampai 15 minit dah settle semue, memang berpuas hati. Terima Kasih JPA kerana telah menaja KAMI.......:-)
biasiswa jpa | lapor diri jpa | biasiswa jpa diploma | biasiswa jpa ijazah | scholar jpa | jpa scholarships | pemegang biasiswa jpa |