PONDOK Ribath Parit Perupok, Muar, Johor
ALHAMDULILLAH..berjaya juga hamba yang fakir nie mendapatkan biografi berkenaan salah seorang daripada guru kepada Syeikhuna..
PADA 1 Julai 2006 di Pondok Ribath, Parit Perupok, Jalan Temenggong Ahmad, Bandar Maharani, Muar, Johor diadakan upacara Maulid Rasul Pondok Ribath ‘Haul Ke-101 Kewafatan Syeikh Ahmad Al-Fathani’ serta para ulama Johor. Upacara yang padat berupa seminar mulai pagi Sabtu hingga malam Ahad ditutup dengan tahlil untuk para ulama nusantara terutamanya ulama Johor, selanjutnya berakhir dengan satu ceramah.
