Cinta dunia adalah pangkal kepada segala kesalahan dan merupakan sebab dari segala fitnah. Apabila cinta dunia itu menguasai hati setiap hamba,-NYA ,ia akan merosak hati itu dan menjadikannya hancur lebur. Kerana mencintainya merupakan pangkal kesalahan, membencinya merupakan pangkal ketaatan dan kebaikan. Maka janganlah sampai kesibukanmu didunia menjauhkanmu dari Tuhan.
