Showing posts with label cara buat duit dengan nuffnang. Show all posts
Showing posts with label cara buat duit dengan nuffnang. Show all posts

Jom Join FB Group Tutorial Nuffnang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,


Alhamdulillah Jamal dah create new FB Group yang bernama TUTORIAL NUFFNANG. Tujuan Jamal create group nie ialah untuk berkongsi dengan para blogger sekalian berkenaan dengan TIPS, TEKNIK, RAHSIA dan TUTORIAL yang berkaitan dengan NUFFNANG. Bagaimana menjana dan memaksimumkan pendapatan dengan NUFFNANG.

Dengan moto "Sharing Is Caring", jamal kongsikan semuanya untuk korang secara percuma. Takde la mcm orang lain tue siap nak jual E-Book la. Mahal plak tue kan.

Bukan tue saja, di group TUTORIAL NUFFNANG nie jugak, korang boleh la ajukan pape jua soalan yg berkaitan dengan NUFFNANG dan dunia blog nie. InsyaAllah kalo jamal sempat, jamal cuba tolong jawabkan ye. Tak pun otai2 lain tolong jawabkan nnt ke. Dan kepada sesiapa yang ade tips dan tutorial berkenaan dengan NUFFNANG, korang pun boleh jugak share tips korang tue di group nie. Semuanya untuk panduan dan rujukan kawan2 blogger jamal semua.

So jamal harap korang boleh la join group nie ye dan invite la kawan2 blogger yang lain. Ataupun kalo nak lebih baik dan elok, korang buat la satu post untuk promote group nie dan ajak kawan2 yg lain join tau. Kalo korang malas nak taip, korang copy je post jamal nie ye. Nnt kalo korang dah buat post baru tue, korang komen la kat sini dan letak link ke post tue. Senang sikit jamal nak singgah blog korang dah ucapkan terima kasih. :-)

Korang boleh click kat gambar group TUTORIAL NUFFNANG ataupun korang click kat nama group tue untuk link ke group tersebut.
 

Sekian dulu dari jamal dan Gud Luck untuk korang semua ye. Happy blogging.
 
"Sharing Is Caring"


BUAT DUIT DENGAN BLOG (SIRI 1)

Blog sudah menjadi semakin popular dan menjadi kegilaan pada hari ini dan barangkali ramai pelayar internet sudah mempunyai blog untuk tujuan mereka tersendiri. Sesetengah daripadanya buat blog sekadar suka-suka , dan ada juga yang serius berblog dan mahu menjana pendapatan daripadanya.

Ramai newbie bertanya dan tertanya-tanya adakah betul boleh buat duit dgn blog ?. Sebelum menjawab soalan itu, mari baca pengalaman Al-faqir dalam dunia blog nie dulu ye.

Sebenarnya Al-Faqir sudah mula berblogging pada awal tahun 2009 yang lepas. Start dengan blog MA'RIFATULLAH. So kiranya sudah 2 tahun lebih la Al-Faqir dalam dunia blog nie. Pada mulanya berblog hanya sekadar suka-suka dan berkongsi maklumat dan ilmu dengan rakan-rakan FACEBOOK. Dan bermula pada hujung tahun 2010 yang lepas, barulah Al-Faqir start register dengan NUFFNANG.  


NUFFNANG ialah sebuah syarikat pengiklanan internet yang terkenal dikalangan blogger. Mengenai syarikat Nuffnang dan bagaimana boleh menjana duit dengannya akan Al-Faqir kongsikan dalam siri yang akan datang ye.

Dan setelah 4 bulan Al-Faqir start meletakkan iklan-iklan di blog, akaun Nuffnang al-faqir sudah menunjukkan peningkatan, dari hanya beberapa sen je earning, dan kini telah melebihi RM1XX earning yang Al-Faqir dapat dari blog yang tidak seberapa nie. Memang tak sangka rupenye btol2 boleh buat duit dengan blog nie.

Earnings yang sudah dikreditkan ke akaun Nuffnang
BE yang masih berjalan, earnings belum dikredit ke akaun Nuffnang

Ini sekadar suatu perkongsian, bukan nak menunjuk-menunjuk pun. Memang sikit sgt earnings Al-Faqir nie kalo nak compare dengan blogger2 otai yang dapat ribu-ribu.Kira ok la tue bagi beginner macam Al-Faqir nie.

Average unique visitors(UV) ke blog Al-Faqir skang nie ade la dalam 300-400 UV sehari. Tak banyak pun kalau nak compare dengan blog otai2 yang UV diorg sampai ribu-ribu kan. Tapi inipun dah kire ramai jugak visitors, kalau nak compare masa mula2 dulu visitors nak maintain 100 pun payah. Tapi lepas praktikkan tips2 yang Al-Faqir belajar dari otai2 blogger, inilah hasilnya dengan blog baru yang umurnya baru mencecah 4 bulan.



Ini pula mengenai ranking ALEXA blog Al-Faqir yang terkini. Ranking terkini blog ini adalah dalam lingkungan 400k untuk worldwide dan 2400 untuk Ranking Malaysia. Berkenaan kepentingan dan macam mana nak improved ranking ALEXA nie pun Al-Faqir akan bincangkan dalam tips2 yang akan datang. Sabar ye semua.




So, setelah Al-faqir telah berjaya menjana sedikit income dari dunia blogging nie, barulah Al-Faqir berani untuk membuat siri TUTORIAL ini bagi membantu dan berkongsi ilmu dengan rakan-rakan blogger yang baru dan ingin mendapatkan sedikit income. InsyaAllah Al-Faqir akan bantu korang mana yang mampu. 

PM je Al-Faqir kalau nak minta bantuan pape ye. 
Via email ke jamaluddin_ab@yahoo.co.uk

Sebelum kita bermula dengan TUTORIAL nie, diharapkan rakan-rakan semua sudah ada blog sendiri ye. Jika belum ada lagi, boleh start buat blog yang free, tanpa perlu bayar domain seperti menggunakan platform BLOGSPOT ataupun WORDPRESS. So untuk tutorial yang akan datang, Al-Faqir akan menunjukkan cara-cara menggunakan  BLOGSPOT sebagai plaform sesebuah blog kerana Al-Faqir familiar dengan platform nie.

So untuk TUTORIAL ke-2 yang akan datang, Al-Faqir akan start dengan pengenalan kepada 


Bersambung di - BUAT DUIT DENGAN BLOG (SIRI 2)


Related Posts :-
 .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...