Showing posts with label ulama nusantara. Show all posts
Showing posts with label ulama nusantara. Show all posts

SYEIKH DAUD AL- FATANI

Kitab Durus Samin karya Syeikh Daud Al-Fathani

SYEIKH DAUD ABDULLAH FATHANI

NAMA penuh beliau ialah al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah bin Syeikh Wan Idris (juga dikatakan Wan Senik) al-Fatani. Ibunya bernama Wan Fathimah anak Wan Salamah bin Tok Banda Wan Su bin Tok Kaya Rakna Diraja bin Andi (Faqih) Ali Datok Maharajalela bin Mustafa Datu Jambu (Sultan Abdul Hamid Syah) bin Sultan Muzaffar Waliullah bin Sultan Abu Abdullah Umdatuddin.

RAJA HAJI BIN UPU DAENG CELAK


RAJA HAJI BIN UPU DAENG CELAK

Pahlawan Teragung Nusantara

MASYARAKAT Melayu masih ramai belum mengetahui bahawa di Melaka ada beberapa orang tokoh dunia Melayu yang terkorban sebagai syuhada kerana membela kemuliaan Islam dan bangsa Melayu. Mereka sanggup berkorban apa saja, termasuk harta dan nyawa, demi berjuang mengusir penjajah Portugis mahupun Belanda. Di antara sekian ramai yang gugur sebagai syuhada termasuklah seorang ‘ulama’ sufi dunia Melayu yang paling terkenal. Beliau bermakam di Melaka. Ulama yang dimaksudkan ialah Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i yang terkorban sebagai syuhada kerana berperang dengan Portugis.

DATO KIYAI SHAMSUDDIN BIN HAJI REDZUAN

DATO' KIYAI SHAMSUDDIN BIN HAJI REDZUAN

Dato' Kiyai Shamsuddin bin Haji Redzuan adalah seorang tokoh ulama tanah air yang disegani. Beliau lahir di Kepet, Madiun, Jawa Timur pada 11 November 1911. Menimba ilmu dari beberapa pesantren di Pulau Jawa sebelum berhijrah ke Malaysia,, antaranya ialah Pesantren Termas dan Pesantren Tebuireng yang masyhur. Beliau menuntut di Pesantren Termas, Jawa Timur, Indonesia selama 15 tahun iaitu dari tahun 1925 hingga 1939 yang merupakan anak didik KH Adnan bin Hj Abd Wahid

HAJI ABU BAKAR AL-MUARI

Haji Abu Bakar Al-Muari

NAMA lengkapnya ialah Haji Abu Bakar bin Haji Hasan al-Muari bin Haji Ahmad bin Anggak bin Datuk Sijo Bukit Moh, Muar Bandar Maharani, Johor. Beliau dilahirkan pada tahun 1292 Hijrah/1875 Masihi, dan meninggal pada tahun 1357 Hijrah/1938 Masihi. Selama 34 tahun beliau berada di Mekah untuk menuntut ilmu, iaitu ketika usianya enam tahun (1881 M/1299 H.) dan pulang ke tanah air pada tahun 1915 Masihi.

SAIYID ALWI BIN THAHIR AL-HADDAD

Saiyid Alwi Thahir Al-Haddad

Mufti Kerajaan Johor

KETURUNAN Nabi Muhammad s.a.w. berbangsa ‘al-Haddad’ adalah salah satu keluarga ‘Saiyid’ yang penting dalam penyebaran Islam, pendidikan dan dakwah di dunia Melayu. Contohnya, Habib Muhammad bin Thahir al-Haddad yang lahir di Hadhramaut.

HABIB ALI BIN JA'FAR BIN AHMAD AL-AYDRUS

Habib Ali bin Ja'far bin Ahmad Al-Aydrus
Habib Ali bin Ja'far bin Ahmad Alaydrus, atau yang sering disebut 'Habib Ali Batu Pahat', pergi menuju haribaan mulia Sang Pencipta.

Umat Islam kembali ditinggalkan seorang kekasih Allah yang mengajarkan kepada siapa pun bahwa di zaman yang sudah amat maju ini orang masih bisa hidup zuhud dan tawadhu. Dalam kesederhanaannya, ia mengarungi hidup dengan tegar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...