Showing posts with label visi dan misi. Show all posts
Showing posts with label visi dan misi. Show all posts

Visi dan Misi Jamaluddin.net


link>
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Jika sebelum nie Jamal dah kongsikan dengan korang semua berkenaan Tujuan dan Halatuju  Berblogging. Kini Jamal kongsikan pula Visi dan Misi blog Jamal nie. Ia bagi menetapkan halatuju blog nie dan mengelakkan daripada menjadi kucar kacir dikemudian hari. Diharapkan korang juga mempunyai Visi dan Misi yang tersendiri ye.
Sebelum tue mari kita fahami makna disebalik perkataan Visi dan Misi itu sendiri. Visi merupakan tujuan sesuatu perkara itu. Visi boleh dibahagikan kepada Visi jangka pendek (contohnya sebulan@setahun) dan Visi jangka panjang (3 tahun dan seterusnya). Manakala Misi pula ialah cara dan langkah-langkah yang perlu kita laksanakan untuk mencapai Visi yang telah kita tetapkan tadi.
Apakah Visi dan Misi Jamaluddin.net ?
VISI
  • Menjadi sumber rujukan dalam Ilmu Agama, terutamanya dari segi Ilmu Tauhid dan Tasawwuf. Juga menyebarkan jadual Kuliah dan Majlis Ilmu disekitar Malaysia.
  • Menjadi sebuah blog yang penuh dengan informasi untuk para blogger terutama dari segi tips & tutorials.
  •  Memiliki ranking alexa (<100,000) serta mendapat Google pagerank (PR>3).
MISI
  • Update blog paling kurang sehari sekali.
  • Menghasilkan entry yang berkualiti, berguna serta menarik perhatian pembaca
  • Memberikan feedback kepada komen pembaca dalam masa 24 Jam.
  • Rajin blogwalking ke blog sahabat-sahabat lain dan menjalin hubungan yang baik sesama blogger.
  • Bertapa dengan otai-otai blogger untuk mempelajari teknik SEO sehingga expert.
  • Menganjurkan pelbagai contest untuk para pembaca setia blog ini dan menawarkan hadiah-hadiah yang menarik.
  • Menyewa ruang iklan di blog lain untuk mempromosikan blog ini.

 Begitulah serba sedikit Visi dan Misi blog Jamal nie, besar kemungkinan Visi dan Misi ini akan berubah mengikut peredaran masa. Bagaimana pula dengan korang semua?, dah tetapkan Visi dan Misi blog masing-masing ke blog. Kalau sudah, sila la kongsikan bersama Jamal ye kawan-kawan.


"Sharing Is Caring"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...