Kelebihan Domain dan Hosting Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.

Jika sebelum ini Jamal sudah kongsikan mengenai Perbezaan Hosting dan Domain. Kini Jamal nak kongsikan pula berkenaan dengan Kelebihan Memiliki Hosting dan Domain Sendiri. Diantara kelebihannya ialah :-

1) URL pendek, senang ingat dan mudah ditaip

Jika korang hendak memilih nama domain sendiri, pilihlah yang pendek supaya ia memudahkan pembaca dan pelawat blog kita mengingatinya. Contohnya macam blog nie Jamal gunakan nama sendiri sebagai identiti iaitu jamaluddin.net. Ringkas dan pendek je kan.

Jadi ianya tidaklah menyusahkan pembaca dan pelawat seperti untuk menaip jamaluddin.blogspot.com. Kan panjang URL lama tue.

2)Mesra SEO

Dalam entry yang lepas Jamal dah bagi tips untuk meningkatkan traffic dengan SEO nie. SEO ialah Search Engine Optimization. Ianya ialah search engine seperti Google, Yahoo, Bing dan yang lain-lain.

Search engine nie akan dapat scan/crawl blog yang pendek dan ringkas dahulu seperti yang pakai domain sendiri nie. Kerana jika korang gunakan subdomain, banyak halangan nye bagi Search Engine tersebut untuk mencari blog anda.

Bayangkan lah blog korang menggunakan subdomain blogspot.com. Berjuta orang guna blogspot.com. Jadi, blog anda dimana?, keberapa?, Lagi la kalau blog-blog baru tue, pasti susah untuk tawan traffic dengan teknik SEO nie.

3)Blog korang kepunyaan korang 100%

Ini khas untuk mereka yang pakai domain dan hosting sendiri la. Korang tak perlu risau sape-sape nak delete or sabotage blog korang sebab korang mamakai hosting sendiri kan. Korang nak buat apa-apa kat blog korang pun semua boleh. Tak payah risau google akan blocked or banned blog/account korang. Memang best kalau dapat camnie kan. Untuk tahu Perbezaan Hosting dan Domain, korang boleh baca kat sini ye.

4)Loading Page Laju

Kebiasaannya Loading Page blog yang menggunakan hosting sendiri akan lebih laju berbanding dengan mereka yang menggunakan hosting percuma seperti blogspot. Kalau korang tak percaya, cuba la bandingkan blog yang guna hosting sendiri dengan yang menggunakan subdomain blogspot.com. Tapi blog Jamal nie bukan guna hosting sendiri tau, hosting still guna blogspot.com. Cuma Jamal pakai domain sendiri je sebab dalam proses belajar lagi nie untuk bertukar ke hosting sendiri.

Tetapi perlu diingat bahawa Loading Page juga berkaitan dengan content dan widget di blog korang. Sekiranya korang letak content dan widget banyak, loading blog korang pastinya akan sedikit lambat. Bila loading page lambat, korang pasti akan kehilangan ramai visitors.

5) Impression pembaca

Menggunakan hosting dan domain sendiri membuatkan blog korang nampak “mahal”. Kalau korang jual barang dari web berdomain sendiri, pengunjung akan nampak yang korang ni serius berniaga. Dan kalau blog korang berhosting dan berdomain sendiri, pastinya impression pengunjung terhadap blog korang akan jadi tinggi kerana menunjukkan sedikit professional. Impression pembaca itu sangat penting untuk menarik mereka datang lagi dan turut sama mempromosikan blog kita kepada orang lain.

6) Advertiser lebih berminat untuk mengiklankan produk/servis mereka di web yang berdomain dan hosting sendiri.

7) Boleh jual balik nama domain yang korang beli tue sekiranya korang tidak berminat untuk berblogging lagi. Bisnes jual beli domain nie pun boleh buat duit kalau korang rajin belajar.


Jom pakat ramai-ramai bertukar ke Domain dan Hosting sendiri. 
Good Luck semua.

“Sharing Is Caring”


10 comments:

Najlaa 'Aqilah said...

saya interested! macamana nak beli domain tuu? boleh cerita tak?

Ir. Jamal said...

Act cik Najlaa boleh beli dengan macam-macam company yang jual Domain dan Hosting nie. Antaranya Exabytes, NetKL dan DataKL.

Tapi Jamal suggest beli dengan company Malaysia la, nanti senang ank contact kalau ade pape problem.

Macam Jamal beli Domain je dengan NetKL, x beli hosting pun sebab belum bersedia ilmu didada lagi nie..hehe...Jamal beli dengan Harga RM31.60 untuk setahun. Ok la kot harga tue.

Cik Najlaa boleh contact NetKL dengan pergi je die punye website. Servis diorg memang bagus la, semua diorg settingkan nanti, kita bayar je..:-)

Ismail said...

ni aku kongsi apa yang aku tau

Blog di Blogspot/Blogger lebih cepat masuk ke search engine especially google. For obvious reason sebab blogspot under google ... lol :P

Domain name .com/.net/.org yang paling top. tapi yang nama pendek2 mostly dah dibeli (walaupun yang tak ada makna apa2) so kita boleh beralih kepada .my ke, dot apa2 ajalah. tapi .com/.net/.org yang paling top.

hosting sendiri tak bermakna kita memiliki 100%. domain name dan hosting hanyalah sekadar disewa kepada kita. anytime domain registrar kita boleh bungkus, anytime hosting provider kita boleh bungkus.

caranya dont put all eggs in one basket. beli domain di tempat lain dari tempat hosting kita. at least satu bungkus, kita masih ada yang lagi satu.

contoh mudah beli domain di namecheap.com (tapi takder la cheap sangat pun rm30+++) dan hosting di ipserverone contohnya.

tapi perlu tahu sikit sebanyak pasal nak set dns dari domain kepada hosting dns server address/ip.

mesra seo ... ni kena pandai2 sendiri lah .... ikut setting theme/keyword bla bla bla ... saya bukan pakar seo.

loading page laju .... tak semestinya. mengikut kepada isp kita lah .... tapi mostly kalau host luar dari malaysia mmg sedikit slow :)

wassalam :)

Ir. Jamal said...

Orait Bro Ismail,

Thanks sudi sharing tips-tips tue ye. Really appreciate that..:-)

apislerr said...

nice

apisv2.com

Ir. Jamal said...

Thanks Apis..:-)

Unknown said...

Usha2 pasal domain dan hosting kat sini bro...

Ir. Jamal said...

Orait..silakan Yastro..

ajumohit said...

hmm pengetahuan baru ni...TQ

Ir. Jamal said...

Alhamdulillah..bagus la tue kak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...