Showing posts with label domain sendiri. Show all posts
Showing posts with label domain sendiri. Show all posts

Pencarian Sebuah Lagi Domain Baru Bermula


Alexa Rank Update

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Alhamdulillah hari nie genaplah 2 minggu blog Jamal bersiaran dengan domain baru iaitu Jamaluddin.net. Pada hari pertama bertukar ke domain sendiri, ranking Alexa blog ini telah jatuh sehingga 18 Juta. Dan selepas berusaha keras, akhirnya selepas seminggu ranking Alexa Jamal sudah mencapai  1.3 Juta. Minggu lepas punye update boleh baca kat sini ye kawan-kawan "Selepas Seminggu Berdomain Sendiri".

Dan kini Jamal kongsikan update untuk minggu kedua pulak. Dalam masa seminggu, alexa rank jamaluddin.net telah meningkat dari 1.2 Juta ke 736k sahaja. Suatu perkembangan yang baik.

Selepas Seminggu Berdomain Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Alhamdulillah hari nie genaplah seminggu blog Jamal bersiaran dengan domain baru iaitu Jamaluddin.net. Pada hari pertama bertukar ke domain sendiri, ranking Alexa blog ini telah jatuh sehingga 18 Juta. Dan selepas berusaha keras, akhirnya selepas seminggu ranking Alexa Jamal sudah mencapai  1.3 Juta.

Peningkatan ranking Alexa jamaluddin.net dalam masa seminggu

Diharapkan menjelang hujung bulan nie, ranking Alexa Jamaluddin.net akan kembali normal la. InsyaAllah

Kelebihan Domain dan Hosting Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.

Jika sebelum ini Jamal sudah kongsikan mengenai Perbezaan Hosting dan Domain. Kini Jamal nak kongsikan pula berkenaan dengan Kelebihan Memiliki Hosting dan Domain Sendiri. Diantara kelebihannya ialah :-

1) URL pendek, senang ingat dan mudah ditaip

Jika korang hendak memilih nama domain sendiri, pilihlah yang pendek supaya ia memudahkan pembaca dan pelawat blog kita mengingatinya. Contohnya macam blog nie Jamal gunakan nama sendiri sebagai identiti iaitu jamaluddin.net. Ringkas dan pendek je kan.

Jadi ianya tidaklah menyusahkan pembaca dan pelawat seperti untuk menaip jamaluddin.blogspot.com. Kan panjang URL lama tue.

2)Mesra SEO

Dalam entry yang lepas Jamal dah bagi tips untuk meningkatkan traffic dengan SEO nie. SEO ialah Search Engine Optimization. Ianya ialah search engine seperti Google, Yahoo, Bing dan yang lain-lain.

Search engine nie akan dapat scan/crawl blog yang pendek dan ringkas dahulu seperti yang pakai domain sendiri nie. Kerana jika korang gunakan subdomain, banyak halangan nye bagi Search Engine tersebut untuk mencari blog anda.

Bayangkan lah blog korang menggunakan subdomain blogspot.com. Berjuta orang guna blogspot.com. Jadi, blog anda dimana?, keberapa?, Lagi la kalau blog-blog baru tue, pasti susah untuk tawan traffic dengan teknik SEO nie.

3)Blog korang kepunyaan korang 100%

Ini khas untuk mereka yang pakai domain dan hosting sendiri la. Korang tak perlu risau sape-sape nak delete or sabotage blog korang sebab korang mamakai hosting sendiri kan. Korang nak buat apa-apa kat blog korang pun semua boleh. Tak payah risau google akan blocked or banned blog/account korang. Memang best kalau dapat camnie kan. Untuk tahu Perbezaan Hosting dan Domain, korang boleh baca kat sini ye.

4)Loading Page Laju

Kebiasaannya Loading Page blog yang menggunakan hosting sendiri akan lebih laju berbanding dengan mereka yang menggunakan hosting percuma seperti blogspot. Kalau korang tak percaya, cuba la bandingkan blog yang guna hosting sendiri dengan yang menggunakan subdomain blogspot.com. Tapi blog Jamal nie bukan guna hosting sendiri tau, hosting still guna blogspot.com. Cuma Jamal pakai domain sendiri je sebab dalam proses belajar lagi nie untuk bertukar ke hosting sendiri.

Tetapi perlu diingat bahawa Loading Page juga berkaitan dengan content dan widget di blog korang. Sekiranya korang letak content dan widget banyak, loading blog korang pastinya akan sedikit lambat. Bila loading page lambat, korang pasti akan kehilangan ramai visitors.

5) Impression pembaca

Menggunakan hosting dan domain sendiri membuatkan blog korang nampak “mahal”. Kalau korang jual barang dari web berdomain sendiri, pengunjung akan nampak yang korang ni serius berniaga. Dan kalau blog korang berhosting dan berdomain sendiri, pastinya impression pengunjung terhadap blog korang akan jadi tinggi kerana menunjukkan sedikit professional. Impression pembaca itu sangat penting untuk menarik mereka datang lagi dan turut sama mempromosikan blog kita kepada orang lain.

6) Advertiser lebih berminat untuk mengiklankan produk/servis mereka di web yang berdomain dan hosting sendiri.

7) Boleh jual balik nama domain yang korang beli tue sekiranya korang tidak berminat untuk berblogging lagi. Bisnes jual beli domain nie pun boleh buat duit kalau korang rajin belajar.


Jom pakat ramai-ramai bertukar ke Domain dan Hosting sendiri. 
Good Luck semua.

“Sharing Is Caring”


Perbezaan Hosting dan Domain

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Sempena Jamal sudah bertukar ke Domain sendiri semalam, jadi hari ini Jamal mahu kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan perbezaan diantara Hosting dan Domain. Mungkin ramai diantara anda semua yang sememangnya sudah mengetahui perbezaan ini. Kepada yang sudah tahu tue, anggaplah ini sebagai ulang kaji sahaja ye. 

HOSTING

Untuk mudah difahami, hosting boleh diibaratkan sebagai rumah yang anda sewa/beli. Hosting digunakan untuk anda meletakkan dan menyimpan kandungan blog anda, gambar-gambar didalam blog dan sebagainya.

Terdapat dua jenis hosting iaitu Hosting percuma dan Hosting berbayar. Untuk hosting percuma, anda boleh gunakan hosting yang disediakan oleh pemilik hosting seperti blogspot.com ataupun wordpress.com.

Beza hosting percuma dengan hosting berbayar ialah anda boleh lakukan apa sahaja dengan hosting berbayar tadi kerana anda telah menyewa/membeli rumah tersebut. Dan anda boleh meletakkan apa sahaja didalam website/blog anda selagi ianya tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan dan tidak melebihi ruang/saiz hosting yang telah anda beli tadi. Manakala untuk hosting percuma, website/blog anda adalah dibawah kawalan dan seliaan pihak yang memberi pinjam hosting tadi. Dengan hosting percuma ini, website/blog kita berisiko untuk dibuang/didelete oleh pihak pemberi pinjam tadi.

 DOMAIN

Domain pula ialah ibarat alamat kepada rumah/hosting anda tadi. Terdapat dua jenis domain iaitu Domain Sendiri dan subdomain. Contoh domain sendiri ialah jamaluddin.net, jamaluddin.com dan sebagainya. Manakala contoh subdomain yang diberikan percuma oleh Blogspot dan Wordpress ialah jamaluddin.blogspot.com ataupun jamaluddin.wordpress.com.

Kepada sesiapa yang mahukan domain dan hosting sendiri, anda boleh beli di mana-mana syarikat hosting dan domain yang wujud di malaysia ni, contohnya NetKL dimana syarikat penyedia hosting ini menawarkan domain berharga RM 29.95 setahun. Memang amat berpatutan. Untuk pengetahuan anda semua, Jamal beli domain ini dari NetKL la sebenarnya.. :-)

Jamaluddin.net : Domain baru blog Jamal


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Alhamdulillah, hari ini 05/05/2011 secara rasminya Jamal sudah mempunyai Domain sendiri. Setelah meneliti pelbagai nama domain, akhirnya Jamal pilih nama ini. Dan untuk makluman korang semua, URL blog ini secara rasminya akan bertukar :-


Tapi korang semua jangan bimbang kerana Jamal dah redirectkan address blogspot terus ke domain baru blog Jamal nie. Dan untuk pengetahuan korang semua, Jamal beli domain ini dari NetKL dengan harga RM31.60. Kire berpatutan la dengan servis yang diorang bagi, memang puas hati sangat dengan servis diorang. Dan kepada sesiapa yang ingin memiliki domain sendiri, pastinya Jamal akan mengesorkan NetKL sebagai pilihan utama korang.


Semoga dengan adanya domain sendiri nie, korang semua akan sentiasa mengikuti dan membaca blog Jamal yang tidak seberapa nie ye. Segala komen dan cadangan amatlah Jamal alu-alukan. Thanks sekali lagi diatas sokongan korang semua selama ini ye...:-)



pssst : kepada sesiapa yang dah letak blog Jamal di Bloglist korang, tolong edit balik eh, guna URL baru nie. Kalau tidak nanti bloglist untuk Blog Jamal tue tak update. Thanks ye.. 
www.jamaluddin.net

Bertukar ke Domain Sendiri



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Jamal nak minta pendapat korang semua nie boleh tak. Sebenarnye Jamal berniat untuk memiliki domain sendiri. Tapi masalahnye sekarang nie ialah nak pilih nama domain yang sesuai untuk blog nie. Jadi Jamal nak minta jasa baik korang semua untuk tinggalkan komen dan pendapat korang ye.

Mula-mula Jamal plan nak gunakan nama Jamal sendiri sebagai nama domain. Biar nampak professional sikit kan. Kat bawah nie ialah senarai nama domain yang Jamal nak pilih, tapi yang .com semua dah ade orang lain pakai :-
  • www.jamaluddin.com - Not Available
  • www.jamaluddin.net - Available
  • www.jamaluddin.org - Available
  • www.jamal.com - Not Available
  • www.jamal.net - Not Available
  • www.jamal.org - Not Available
Ataupun Jamal pilih nama lain seperti dibawah nie, yang domain nie boleh dapat .com :-
  • www.diaryofjamal.com
  • www.diaryjamal.com
Dan kalau sesiapa yang ade idea nama domain lain yang difikirkan sesuai untuk blog Jamal nie, korang boleh la kongsikan dengan Jamal disini ye. Pertolongan korang semua amatlah Jamal hargai tau

Dan kepada sesiapa yang sudah memiliki domain sendiri, diharapkan korang boleh kongsikan kebaikkan memiliki domain sendiri nie ye. Dan kalau boleh, kongsikan juga company mane yang bagus servis diorg untuk beli Domain nie ye.

Terima Kasih Semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...