Showing posts with label domain. Show all posts
Showing posts with label domain. Show all posts

Perbezaan Hosting dan Domain

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Sempena Jamal sudah bertukar ke Domain sendiri semalam, jadi hari ini Jamal mahu kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan perbezaan diantara Hosting dan Domain. Mungkin ramai diantara anda semua yang sememangnya sudah mengetahui perbezaan ini. Kepada yang sudah tahu tue, anggaplah ini sebagai ulang kaji sahaja ye. 

HOSTING

Untuk mudah difahami, hosting boleh diibaratkan sebagai rumah yang anda sewa/beli. Hosting digunakan untuk anda meletakkan dan menyimpan kandungan blog anda, gambar-gambar didalam blog dan sebagainya.

Terdapat dua jenis hosting iaitu Hosting percuma dan Hosting berbayar. Untuk hosting percuma, anda boleh gunakan hosting yang disediakan oleh pemilik hosting seperti blogspot.com ataupun wordpress.com.

Beza hosting percuma dengan hosting berbayar ialah anda boleh lakukan apa sahaja dengan hosting berbayar tadi kerana anda telah menyewa/membeli rumah tersebut. Dan anda boleh meletakkan apa sahaja didalam website/blog anda selagi ianya tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan dan tidak melebihi ruang/saiz hosting yang telah anda beli tadi. Manakala untuk hosting percuma, website/blog anda adalah dibawah kawalan dan seliaan pihak yang memberi pinjam hosting tadi. Dengan hosting percuma ini, website/blog kita berisiko untuk dibuang/didelete oleh pihak pemberi pinjam tadi.

 DOMAIN

Domain pula ialah ibarat alamat kepada rumah/hosting anda tadi. Terdapat dua jenis domain iaitu Domain Sendiri dan subdomain. Contoh domain sendiri ialah jamaluddin.net, jamaluddin.com dan sebagainya. Manakala contoh subdomain yang diberikan percuma oleh Blogspot dan Wordpress ialah jamaluddin.blogspot.com ataupun jamaluddin.wordpress.com.

Kepada sesiapa yang mahukan domain dan hosting sendiri, anda boleh beli di mana-mana syarikat hosting dan domain yang wujud di malaysia ni, contohnya NetKL dimana syarikat penyedia hosting ini menawarkan domain berharga RM 29.95 setahun. Memang amat berpatutan. Untuk pengetahuan anda semua, Jamal beli domain ini dari NetKL la sebenarnya.. :-)

Bertukar ke Domain Sendiri



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Jamal nak minta pendapat korang semua nie boleh tak. Sebenarnye Jamal berniat untuk memiliki domain sendiri. Tapi masalahnye sekarang nie ialah nak pilih nama domain yang sesuai untuk blog nie. Jadi Jamal nak minta jasa baik korang semua untuk tinggalkan komen dan pendapat korang ye.

Mula-mula Jamal plan nak gunakan nama Jamal sendiri sebagai nama domain. Biar nampak professional sikit kan. Kat bawah nie ialah senarai nama domain yang Jamal nak pilih, tapi yang .com semua dah ade orang lain pakai :-
  • www.jamaluddin.com - Not Available
  • www.jamaluddin.net - Available
  • www.jamaluddin.org - Available
  • www.jamal.com - Not Available
  • www.jamal.net - Not Available
  • www.jamal.org - Not Available
Ataupun Jamal pilih nama lain seperti dibawah nie, yang domain nie boleh dapat .com :-
  • www.diaryofjamal.com
  • www.diaryjamal.com
Dan kalau sesiapa yang ade idea nama domain lain yang difikirkan sesuai untuk blog Jamal nie, korang boleh la kongsikan dengan Jamal disini ye. Pertolongan korang semua amatlah Jamal hargai tau

Dan kepada sesiapa yang sudah memiliki domain sendiri, diharapkan korang boleh kongsikan kebaikkan memiliki domain sendiri nie ye. Dan kalau boleh, kongsikan juga company mane yang bagus servis diorg untuk beli Domain nie ye.

Terima Kasih Semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...