Cara Meningkatkan Traffic Blog Dengan Gambar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Jika sebelum nie Jamal sudah kongsikan dengan korang semua berkenaan dengan panduan asas SEO, InsyaAllah hari nie Jamal akan start kongsikan pula tips-tips dan cara untuk memaksimumkan penggunaan Enjin Carian (search engine) tersebut. Sesiapa yang belum baca article mengenai Panduan Asas SEO tue, korang boleh baca entry dibawah nie ye :-


Hari nie Jamal akan ajar korang semua bagaimana menjana dan mendapatkan traffic daripada gambar yang korang letakkan didalam setiap entry. Dibawah nie ialah 2 contoh gambar didalam blog Jamaluddin.net ini yang mendapat tempat pertama dalam enjin carian (search engine) Google bagi carian imej.

kejayaan keyword "Heat Tracing"

kejayaan keyword "KPOC Logo"
Diantara cara yang perlu korang semua lakukan untuk menghasilkan traffic daripada gambar yang korang letakkan di dalam entry/post ialah :-
  • Rename (tukarkan) nama file gambar/imej sebelum korang semua letakkan(upload) ke dalam entry/post. Jangan gunakan nama gambar seperti DSC0001, Pic 001 atau gunakan nombor seperti 0001.
  • Pastikan nama gambar tersebut berkaitan dengan tajuk dan isi entry korang.
  • Lepas korang upload kedalam entry, tambahkan description (add caption) untuk gambar tersebut, pastikan juga ianya berkaitan dengan tajuk dan isi entry korang ye.
Itu sahaja step yang korang semua perlu lakukan untuk mendapatkan traffic dan pengunjung hasil dari carian gambar/imej di enjin carian (search engine). Jika korang semua inginkan teknik ini lebih berjaya lagi, korang boleh cuba search dulu tajuk gambar ataupun keywords yang ingin digunakan untuk gambar tersebut. Seeloknya carilah keywords yang tidak banyak persaingan tetapi ramai orang mencari keywords tersebut.

Selamat mencuba ye kawan-kawan.
"Sharing Is Caring"




tambah traffic blog dengan gambar, tingkatkan traffic dengan gambar, tambah pengunjung blog dengan gambar, cara tambah pengunjung blog, cara tambah traffic blog, cara tingkatkan traffic blog, cara tambah pageviews blog, seo, search engine optimization, cara meningkatkan traffic blog

29 comments:

Taste Of Tapah said...

sangat membantu.. harap-harap boleh tingkat kan traffic :)

Ir. Jamal said...

InsyaAllah jika betul caranya mesti boleh tingkatkan traffic sikit-sikit.

Mommy's Diary of Life said...

wah.. xpnh tpk.. tq yer.. ;p

Ir. Jamal said...

Your Welcome..tapi jangan letak banyak-banyak gambar dalam entry/post, nanti loading page jadi lambat pulak. Letak 1@2 gambar sudah memadai rasanya.

Seeloknya compress dulu file gambar tue bagi kecik then baru upload..

syuxer said...

info menarik..:)..akan syuk try suatu hari nanti..

Ir. Jamal said...

cuba jgn tak cuba syuxer..hehe

Anonymous said...

oooo nama untuk gambar pun penting juga dan ia memainkan peranan untuk meningkatkan trafik..baru tahu. biasanya main redah jer kadang2 letak aaaaa atau 11111.

Ir. Jamal said...

Memang penting slumberdek..Nie dah tahu lepas nie boleh la praktikkan ye..

Cr. Siti Hazreen Shahrom said...

terima kasih :) info yang sangat berguna ^_^

Ir. Jamal said...

Sama-sama cikgu...

Norhisham Nordin said...

bagus info nih... benda yg kecik tu dpt memberi impak yg besar... huhu...

Ann said...

ooo...cmtu ka..huhuh...slalo dok men upload jek..xde pk ape pun psl rename image tu...
hurm..baikla..mekaseh cik Jamal;)

Ir. Jamal said...

Thanks Bro Hisham..

Betul tue..sikit-sikit tambah traffic, lama-lama jadi bukit jugak kan traffic tue..hehe

Ir. Jamal said...

Ha sekarang GoJeS dah tahu kan, boleh la try aplikasikan ye..

azu said...

patutla kekadang check stat..mmg kuar word ttg pic yg azu letak. nway thanks jamal.tgh berusaha nk tarik ramai singgah ke blog Azu.
http://azumie.blogspot.com/

+_Miss.Jannah_+ said...

Abg Jamal Abdillah.. sy tag kamu di sini :D

http://missjannahjamaluddin.blogspot.com/2011/06/you-took-my-heart-away-mr-hh-goodbye-mr.html

jeles tgk header Hairie tu.. :(

nak buat gak header lawo mcm tu.. ;)

Ir. Jamal said...

Jamal dah baca entry Jannah..Thanks ye..

Your Welcome Azu, jom Jamal singgah blog Azu then ushar-ushar ape yang patut ye..

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr said...

saya setuju tukar link..then, terus follow sini..=)

Wahida Samsuddin said...

Boleh, no problemo :D. Saya dah masukkan link blog anda dalam blog list saya :)

Wydaz.com

bombay said...

bnyk boleh belaja nie..btw, tq sudi dtg blog sy..dah masok link blog ni dalam blog sy..;)

Ir. Jamal said...

thanks semua..:-)

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr said...

tgk sini..

http://visitmefatin.blogspot.com/2011/06/segman-tukar-bertukar-linksenarai.html

sory..dh letak td.mesti awk xperasan nih..hehe

Ir. Jamal said...

Jamal dah singgah dan komen ye cik Fatin...

ajumohit said...

good info jamal, TQ

Ir. Jamal said...

Your Welcome kak..:-)

Miecyber said...

Tips yang sangat berguna....Thanks Bro..

Spesis Tikus Baru

Ir. Jamal said...

Your Welcome Bro Miecyber

kamarudin2u said...

ilmu yg berguna..byk lagi yg saya nak kena belajar utk tingkat traffic ke blog saya..trimas der

Ir. Jamal said...

Good Luck ye Kamaruddin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...