Showing posts with label cara tingkatkan traffic blog. Show all posts
Showing posts with label cara tingkatkan traffic blog. Show all posts

Cara Mudah Dapatkan 500 Unique Visitors (UV) ke Blog



Cara Tingkatkan Traffic Blog Dengan Linkedin

Pengunjung Blog dari Linkedin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.

InsyaAllah petang nie Jamal nak share dengan korang semua satu lagi cara untuk meningkatkan dan menambah traffic / pengunjung ke blog korang semua. Cara yang Jamal nak kongsikan ialah dengan menggunakan Linkedin. Caranya lebih kurang sama je dengan korang Ping kan entry/post terbaru di Facebook.

Cara Meningkatkan Traffic Blog Dengan Gambar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Jika sebelum nie Jamal sudah kongsikan dengan korang semua berkenaan dengan panduan asas SEO, InsyaAllah hari nie Jamal akan start kongsikan pula tips-tips dan cara untuk memaksimumkan penggunaan Enjin Carian (search engine) tersebut. Sesiapa yang belum baca article mengenai Panduan Asas SEO tue, korang boleh baca entry dibawah nie ye :-

Traffic Tertinggi Blog Jamaluddin.net

Traffic Tertinggi Blog Jamaluddin.net

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Hari minggu nie Jamal sibuk sikit dengan kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Tapi Alhamdulillah semalam blog ini telah mencatatkan rekod baru dengan traffic tertinggi iaitu sebanyak 780 Unique Visitors (UV) dan 1797 pageviews dalam masa sehari. Dan berita baiknya ialah Jamal juga sudah berjaya menemukan cara untuk mendapatkan traffic yang sebanyak itu dengan begitu mudah. Alhamdulillah segala usaha kini telah berjaya.

Cara Tingkatkan Traffic Blog Dengan Apesal.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.

Kali nie Jamal nak share dengan korang semua berkenaan dengan satu cara lagi untuk meningkatkan aliran traffic ke blog korang semua. Iaitu dengan Apesal.com. Setelah beberapa hari Jamal cuba menggunakan cara ini. Alhamdulillah ada sedikit peningkatan dari segi traffic ke blog nie. Walaupun tak berapa banyak, tapi kira ok la jugak, "Sikit-Sikit Lama-Lama Jadi Bukit" kan. 

Gambar di bawah ini menunjukkan traffic ke blog Jamal setelah beberapa hari berdaftar dengan Apesal.com.
Sebagai permulaan pihak Apesal.com akan memberikan 1000 klik (click sent) sebaik saja anda mendaftar untuk memastikan blog anda sentiasa mendapat trafik.

Untuk maklumat lanjut dan cara untuk mendaftar, korang semua boleh baca kat sini dan ikut arahan dari pihak Apesal.com. 

Selamat Mencuba.. :-)
"Sharing Is Caring"

Cara Tingkatkan Traffic Blog Dengan Komen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.

Okey semua, kali ni Jamal nak share pulak cara nak tingkatkan traffic blog korang dengan komen dan backlinks. Caranya ialah dengan meletakkan backlink bersama-sama komen korang. Teknik ni mungkin ramai yang dah tahu dan kepada yang belum tahu, pelajari dan praktikkan teknik ini setiap kali korang komen ye.

Dengan meninggalkan backlink setiap kali korang komen, Ini akan memudahkan blogger lain untuk datang ke blog korang dan seterusnya dapat  meningkat traffic ke blog korang. Sambil korang komen, sambil dapat  tambah traffic, memang cara mudah dan terbaik kan. Macam pepatah melayu kata la "Sambil Menyelam Minum Air"...hehe

Untuk meletakkan backlink ni, korang kena copy kod html kat bawah tue. Korang save la kat mana-mana, macam Jamal save dalam notepad je.

<a href="LINK BLOG/POST KORANG">NAMA LINK KORANG</a>


Lepas tue, korang gantikan Link Blog/Post Korang tue dengan link blog ataupun link post korang. Lepas tu korang gantikan jugak Nama Link Korang tue dengan Nama Blog ataupun Nama Post korang ye. Akhirnya nanti korang akan dapat complete code macam kat bawah nie.

<a href="http://diary-of-jamal.blogspot.com/">Diary Of Jamal</a>

Contoh code kat atas tue untuk letak Backlink blog korang. Dan contoh code kat bawah nie pulak untuk buat Backlink ke post korang. Dan sample komen dan backlink yang dah jadi pun ade kat bawah tue.

<a href="http://diary-of-jamal.blogspot.com/2011/04/buat-duit-dengan-blog-siri-2.html">7 Cara Buat Duit Dengan Blog</a>


Korang boleh buat demo backlink ni kat dalam kotak komen korang sendiri dulu ye. Tapi Jamal nak ingatkan satu bende penting nie, tolong jangan sesekali spam dalam komen blog-blog lain dengan Backlink nie. Kalau korang nak tinggalkan Backlink tue, korang komen la sikit pasal post kat blog tue, contohnye ckp la Thanks for Sharing ke, pastue letak la Backlink nie kat bawah komen korang tadi. Dengan copy je code nie dan paste kat kotak komen tue. Senang kan

Gud Luck semua, kalau suka tips nie, korang kongsikan la di blog korang semua dan letakkan link dan credit ke blog Jamal nie ye, Thanks

"Sharing Is Caring"

p/s: Jom sama-sama tingkatkan traffic dengan cara nie. Korang komen + backlink kat blog Jamal nie, nanti Jamal datang blog korang balik tau.. :-)


Cara Tingkatkan Traffic Blog Dengan Facebook (FB)


Ini tips yang ke-3 dari Jamal untuk korang semua berkenaan dengan cara-cara untuk meningkatkan traffic ke blog. Untuk kali nie, Jamal nak share dengan korang semua bagaimana Jamal gunakan FACEBOOK (FB) untuk mempromosikan blog nie dan seterusnya menambahkan traffic ke blog. Jom tgk dulu bukti traffic yang blog nie dapat dari FACEBOOK (FB).


Cube korang tgk, banyak kan traffic blog nie dapat dari Facebook (FB, dalam 1200 camtue...memang cara terbaik dan paling berkesankan. So korang mesti nak tahu cara nak dapatkan traffic kan. Jom jamal cerita kat korang ye.

Cara Pertama

Setiap kali korang update blog dengan new entry/post, setiap kali tue jugak la korang share kat Wall Facebook korang. Letak link ke blog korang. Selain tue, korang boleh jugak share kat wall member2 blogger or member2 yg korang rase minat dengan new post korang tue.

Cara Kedua

Teknik yang sama dengan cara pertama iaitu dengan setiap kali korang update blog dengan new entry/post, setiap kali tue jugak la korang share kat Wall FB Group korang. Korang join la banyak2 komuniti blogger punye FB group, lagi banyak group, lagi bagus. Lepas tue korang share dan post la link ke blog korang kat group tue. Contohnye mcm group kat bawah nie.


Cara Ketiga

Cara ketiga nie memerlukan korang ade group sendiri. Contohnya Jamal ade group TUTORIAL NUFFNANG. Dengan cara ini, setiap kali korang update blog dengan new entry/post, setiap kali tue jugak la korang share kat Wall FB Group korang nie. Lepas tue korang boleh jugak sent messages kepada semua ahli group korang tue. Korang boleh la sent messages dan promote blog korang dengan bagitau update setiap new post ke. Terpulang kepada kreativiti sendiri ye.

Cara Keempat

Cara keempat nie hanya untuk blogger2 yang glamour dan famous je tau...hehe...kenapa?...Sebab untuk cara nie, ia memerlukan korang ade FAN PAGE FB sendiri. Korang akan gunakan Fan Page ini untuk bagitau update blog korang kepada Fan korang semua. 

Cara Kelima

Cara kelima nie hanya sesuai untuk blogger2 yang nak bukak kedai online. Iaitu dengan menyewa ruang iklan di FB. Kadar sewa ruang iklan tue pulak akan berdasarkan ikut berapa banyak click. Contohnya korang nak sewa ruang iklan untuk 10k click pada iklan tue, dengan setiap click berharga 0.20 sen contohnya la. Tapi nie hanya untuk golongan blogger yg kaya je. Jual barangan ke, baru masyuk traffic ke kedai online nnt..hehe

Jamal harap dengan tips ke-3 nie dapat membantu sedikit sebanyak korang semua dalam meningkatkan traffic ke blog masing-masing ye. Gud Luck semua, kalo suka tips nie, korang kongsikan la di blog korang semua dan letakkan link dan credit ke blog Jamal nie ye. Thanks semua.

"Sharing Is Caring"



Cara Tingkatkan Traffic Blog Dengan Forum


Ini tips yang ke-2 dari Jamal untuk korang semua berkenaan dengan cara-cara untuk meningkatkan traffic ke blog. Untuk kali nie, Jamal nak share dengan korang semua bagaimana Jamal gunakan FORUM untuk mempromosikan dan seterusnya menambahkan traffic ke blog nie. Sebelum tue, Jamal listkan kat sini diantara Forum-Forum yang berada di ranking tertinggi di Malaysia dan memcatatkan puluhan ribu pengunjung setiap hari, antaranya ialah:
  1. Cari.Com.My (Ranking Alexa - 16)
  2. Lowyat.Net (Ranking Alexa - 17)
  3. CariGold.Com (Ranking Alexa - 41)
  4. WangCyber (Ranking Alexa - 80)
  5. Syok.Org (Ranking Alexa - 117)
  6. ILuvIslam (Ranking Alexa - 142)
Diantara forum-forum diatas, Jamal active di forum Cari, Lowyat dan IluvIslam. Korang semua boleh tgk bukti traffic ke blog Jamal dari Forum Lowyat kat bawah nie.



So, lepas tue korang semua mesti tertanya-tanya kan macam mana Jamal boleh dapat Traffic dari forum nie. Salah satu daripada caranya ialah dengan korang aktif di forum tersebut, selalu bagi pendapat, selalu komen, selalu beri respon yg baik dan disukai semua forumer kat forum tersebut. 

Lepas korang dah aktif, korang boleh edit SIGNATURE korang sendiri. Maksud SIGNATURE nie ialah, setiap kali korang tinggalkan komen kat forum, dibahagian bawah komen tadi akan ade SIGNATURE korang sendiri. Tips dia ialah korang letakkan link ke blog korang di bahagian SIGNATURE tadi. Tak kire la korang nak letak mcm mana pun. Asalkan menarik perhatian forumer lain untuk clicks link tersebut. Biasenye korang kena pergi kat bahagian profile setting kat forum dan edit SIGNATURE disitu. Kat bawah nie contoh SIGNATURE di forum Lowyat dan Cari.

Signature Forum Lowyat

Signature Forum Cari

Dengan SIGNATURE nie, setiap kali korang tinggalkan komen, setiap kali tue jugak la korang dah letakkan link ke blog korang. Maknanya, semakin banyak dah aktif korang komen di forum tertentu, semakin tinggi la peluang untuk lebih ramai forumer lihat link tersebut dan seterusnya click dan pergi ke blog korang.

Jamal harap tips ke-2 nie dapat membantu korang semua serba sedikit dalam meningkatkan traffic ke blog masing-masing ye. Gud Luck semua, kalo suka tips nie, korang kongsikan la di blog korang semua dan letakkan link dan credit ke blog Jamal nie ye. Thanks semua.

"Sharing Is Caring"

Cara Tingkatkan Traffic Blog Dengan Innit Nuffnang

Ini adalah tips yang pertama dari Jamal berkenaan dengan cara-cara untuk meningkatkan traffic ke blog. Sebenarnya macam2 cara lagi yang Jamal praktikkan, tapi untuk kali nie, Jamal nak share dengan korang semua bagaimana Jamal gunakan TEKNIK nie untuk mendapatkan beratus UV sehari. Korang boleh tgk bukti traffic ke blog Jamal dari Innit Nuffnang kat bawah tue.




Cara untuk korang menggunakan Innit Nuffnang nie ialah dengan korang submit entry/post korang yang terbaru. Maknanya, setiap kali korang buat post baru, korang submit link post baru korang tue ke Innit Nuffnang nie.

Dan kalau korang nak dapat banyak lagi traffic, korang kena Nang/Like post korang tue dan ajak org lain or kawan2 blogger untuk Nang/Like post korang kat Innit Nuffnang tue. Dan 8 post yang paling banyak dapat Nang/Like akan diletakkan dan dipromote di FEATURED POSTS Innit. 

Bila post korang dah dapat capai top 8 post tue. Sudah semestinya setiap kali orang login dan masuk ke Innit Nuffnang, diorg akan terlihat post korang kat atas tue. Dan kalo diorg minat dengan post tue, secara tidak langsung dapat tarik traffic ke blog korang.


Selain tue, dengan korang submit new post korang kat Innit nie, secara tidak langsung korang dah ping new post korang tue. Dan disebabkan ranking Innit tinggi di engine carian, maka post yg korang submit kat innit tue akan berada diranking atas engine carian. Buktinya ada dibawah nie. Post sebenar berkenaan Telur Palsu tak dapat ranking tinggi, tapi post kat Innit tue yg keluar di enjin carian. Bagus kan.


Sekian dulu tips untuk tingkatkan traffic untuk kali nie, InsyaAllah akan bersambung dengan tips2 yang akan datang ye. Gud Luck semua, kalo suka tips nie, korang kongsikan la di blog korang semua dan letakkan link dan credit ke blog Jamal nie ye. Thanks semua.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...