Sambungan dari "Panduan Asas SEO (1)"
Jika sebelum ini Jamal ada memberitahu anda semua berkenaan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan blog anda didalam Search Engine Ranking Page (SERP), diantaranya ialah :-
- Domain age (umur domain)
- Web hosting geographic (Lokasi Web Hosting)
- Google Pagerank (PR) domain
- On page SEO dan off page SEO
- Keywords competition (Perlawanan Kata Kunci)
Untuk pengetahuan anda, kesemua faktor-faktor di atas adalah kriteria untuk mengetahui tahap kepercayaan search engine seperti Google terhadap blog/website anda. Semakin tua umur Domain (domain age) blog anda, semakin bagus dan mudah untuk memenangi persaingan sesuatu keywords itu.
Begitu juga halnya dengan Google Pagerank (PR). Semakin tinggi nilai PR blog anda, semakin tinggi kebarangkalian untuk blog anda berada dimuka hadapan SERP.
Untuk webhosting pula, anda perlu menentukan dimanakah target geographic traffic yang anda target kan. Jika target utama blog anda ialah untuk mendapatkan traffic atau pengunjung dari Malaysia, webhosting yang terbaik adalah webhosting yang mempunyai IP address di Malaysia.
Manakala On-page SEO pula adalah teknik di mana anda meyebarkan keywords yang anda target kan ke seluruh permukaan web/blog. Sama ada dengan menggunakan meta tag description, labels, keywords dan title sebagai senjata utama untuk teknik ini.
Selain daripada itu, On-page SEO juga turut menekankan teknik keywords density keatas homepage sesebuah blog atau muka surat (page). Jika anda ingin menaikkan kedudukan SERP sesuatu page sahaja, maka keywords density(kepadatan) yang terbaik bagi satu-satu keywords itu adalah 2-3%. Bermakna setiap 100 patah perkataan mempunyai 2-3 keywords yang anda sudah tetapkan tadi.
Tidak dapat dinafikan, On-page SEO memang salah satu diantara teknik yang terpenting dalam permainan SEO. Ia dapat memberikan ranking yang terbaik untuk anda seandainya jumlah competitor(pesaing) anda adalah sedikit.
Bagi Off-page SEO pula, ia lebih dikenali sebagai backlinks. Anda boleh baca disini untuk mengetahui bagaimana Backlinks berfungsi dan bagaimana membuatnya. “Cara Tingkatkan Traffic Dengan Backlinks”
Berkenaan dengan Keywords Competition, Jamal akan buatkan entry yang lain kerana ianya memerlukan huraian yang panjang lebar. Setakat ini dulu untuk tips kali ini.
asas seo, search engine optimization, basic seo, seo e-book, seo e-book percuma, panduan asas seo, belajar seo, cara belajar seo, cara tingkatkan traffic dengan seo, seo tambah traffic, belajar seo blog, belajar seo wordpress, belajar seo wp, On-page SEO, off-page seo
11 comments:
asik bersambung je pakcik ni
haha..tak larat nak taip panjang-panjang la PS..biar suspens sikit..hehe
Artikel yang bagus untuk saya sebagai beginner didalam dunia internet. Terima Kasih atas perkongsian ilmu.
tutorial berterusan nampaknya... :)
Thanks semua..:-)
thanx for the info jamal...
Your welcome..
pakai meta tag keyword banyak2 dalam web templates
contoh macam web maxis dorang pakai keywords ni
meta name="keywords"
--ni keyword--
content="Maxis, broadband, handphone, tablet, mobile phone, postpaid, Malaysia, mobile, internet, wireless"
tapi kalo nak apply akaun google adsense tak bleh pakai lebih dari satu keyword..lps di approve tukar ler
ade soklan? norah.isme@gmail.com
Rajin tuan hamba huraikan secara panjang lebar dalam blog ;)
sememangnya betul apa yang tuan hamba katakan dalam aspek2 yang memikat search engine tersebut..
20% search engine factor datangnya dari on page seo seperti mana yang tuan hamba katakan..cuma dalam peningkatan dalam page blog di malaysia ni, walau kurang on page, off page power jugak blogger malaysia kan bro ;)
ps:saya punya entri tentang SEO juga bersama case study tip blogging terbaik ;)
Haha..Thanks Sofian for sharing it..
:-)
mmg suspen btoll..mcm drama bersiri..bersambung-sambung hehe
Post a Comment