Panduan Asas SEO



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Diatas permintaan rakan-rakan, maka Jamal akan cuba kongsikan tips-tips dan teknik SEO yang Jamal sudah praktikkan dan aplikasikan di blog Jamaluddin.net ini. Itupun setelah ianya menunjukkan hasil yang memberangsangkan dalam menambah pengunjung ke blog ini. InsyaAllah Jamal akan cuba kongsikan tips-tips tersebut sedikit demi sedikit ye. Diharapkan anda semua bersabar. Jamal mulakan dengan Panduan Asas SEO nie untuk anda semua.


Sebagai permulaan, eloklah sekiranya Jamal terangkan serba sedikit mengenai makna dan fungsi SEO ini. SEO ialah singkatan bagi “Search Engine Optimization” atau dalam bahasa melayunya ialah Pengoptimuman Enjin Carian . Teknik ini berfungsi dengan bantuan search engine seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya. Dengan mempelajari bagaimana search engine ini berfungsi, kita dapat memaksimumkan peluang untuk entry dan blog kita berada dimuka hadapan search engine apabila seseorang mencari sesuatu keywords tersebut. 

Dan secara tidak langsung ianya dapat meningkatkan traffic dan pengunjung ke blog kita secara konsisten. Teknik ini telah membantu Jamal untuk mendapatkan sekitar 100 unique visitors (UV) secara tetap setiap hari, iaitu lebih kurang 30% daripada jumlah keseluruhan pengunjung blog ini. Ianya adalah angka yang amat besar bagi Jamal. Bayangkan anda tidak perlu bersusah payah untuk mempromosikan blog, tak perlu blogwalking, tetapi anda dapat 100 UV secara konsisten setiap hari melalui teknik ini, memang mudah kan. Tetapi nak belajar tue yang susah..hehe

Keywords pula adalah kata kunci yang digunakan oleh semua search engine. Kita sendiri menggunakan keywords ini untuk mencari sesuatu informasi yang kita kehendaki dengan bantuan search engines. Maka oleh sebab itulah, kita seharusnya menggunakan kesempatan ini untuk mendapatkan pengunjung ke blog dan laman web kita melalui kata kunci tersebut. Dan bagaimana untuk meletakkan kata kunci tersebut didalam entry dan blog kita akan Jamal kongsikan didalam tips-tips yang akan datang ye. 

Selain daripada keywords, banyak lagi faktor-faktor lain yang turut diambil kira oleh Search Engine didalam menentukan kejayaan blog anda didalam Search Engine Ranking Pages (SERP) untuk sesuatu keyword itu. Diantara faktor-faktor yang lain ialah :
  1. Domain age
  2. Web hosting geographic
  3. Pagerank (PR) domain
  4. On dan off page SEO
  5. Keywords competition
Huraian mengenai faktor-faktor diatas ini akan Jamal kongsikan didalam tips-tips yang akan datang.

Bersambung di....
"Panduan Asas SEO (2)





asas seo, search engine optimization, basic seo, seo e-book, seo e-book percuma, panduan asas seo, belajar seo, cara belajar seo, cara tingkatkan traffic dengan seo, seo tambah traffic, belajar seo blog, belajar seo wordpress, belajar seo wp

19 comments:

farahin nasir said...

time kasih sbb berkongsi.. ske3..

:)

Ir. Jamal said...

Sama-sama..

"Sharing Is Caring"

Anonymous said...

slumberdek tgu yang sterusnya...lama dah nak blajo cara ni.

Yaya Azura said...

info yg menarik .. memng tak berapa faham pasal nie..cuma berblog seadanya..hihi

tapi kalau melibatkan search engine maknanya org yang baca blog kita bukan di kalangan follower la kan.. sebab kalau follower mesti dtg blog kita melalui link di dashboard..ke kira macam mana ? tak paham tak paham ..^^

Ir. Jamal said...

Sabar ye slumberdek. Jamal masih dalam proses nak translate English ke Malay nie. Mungkin akan mengambil masa. Tue yang Jamal cuba kongsikan sikit sikit dulu nie..hehe

Ir. Jamal said...

@YAYA AZURA : Benar,kalau kita mengaplikasikan teknik SEO nie, pembaca blog kita akan datang dari search engine seperti Google,Yahoo,Bing dan sebagainya.

Tetapi untuk mengaplikasikan teknik ini, kita haruslah mempunyai entry-entry yang menarik dan keywords yang selalu dicari dengan menggunakan search engine tersebut.

Ir. Jamal said...

SEO nie memang complicated sikit. Memang akan mengambil masa nak kuasainya. Tapi Tea jangan risau, nanti jamal dah start bagi tips dan tutorial untuk SEO nie. Tea boleh follow je tips tersebut. Nanti lama-lama faham la tue..hehe

lepak said...

tak sabar nak belajar yg seterusnya ni :)

Ir. Jamal said...

Wah..ramai pulak yang tertunggu-tunggu sambungannya..dah macam cerita la pulak nie..hehe..InsyaAllah malam nie atau esok Jamal siapkan sambungannya ye..:-)

peNulis SeNjA said...

ajar ps SEO bole x cikgu

Ir. Jamal said...

haha..boleh PS..nie Jamal ajar secara tak formal dulu ye..antara tips-tips yang mudah ialah :-

1)Letak Gambar dalam entry
2)Rename nama gambar tersebut,sesuaikan nama gambar dengan tajuk entry
3)Gunakan aplikasi google adwords untuk mengetahui keywords carian tertinggi dan kurang persaingan.
4)Boldkan keywords dalam entry,cukup sekadar 2 atau 3 perkataan sahaja
5)Pilih tajuk post yang kurang persaingan
6)Gunakan labels untuk meletakkan keywords
7)Letakkan keywords dalam blog description

dan banyak lagi tips-tips yang sebenarnya mudah untuk dipelajari. Nanti Jamal akan explain bagaimana menggunakan semua teknik-teknik nie. Sekian dulu ye kawan-kawan.

"Sharing Is Caring"

Ann said...

ooooo....br tau SEO tu mksd ape...dok tgk org ckp psl SEo jek...sila sambung yea cik jamal...
mekaseh sudi kongsi;)

Ir. Jamal said...

orait, sama-sama GoJeS..Jamal dah siapkan sambungan ceritanya...hehe

HAFIZAL said...

bagus lah...akan cuba buat seperti saranan en jamal

Ir. Jamal said...

Good Luck Hafizal..:-)

infohamba said...

Seo Memang best lah.....sy dapat minimal 300 (UV) setiap hari..itpun hanya dengan sedikit keyword popular.....

Ir. Jamal said...

Bagus la tue..Tahniah infohamba..:-)

shah Blogger said...

Kalo off page antara yg plg best kat mana? :)

Pinkbubblegumprincess said...

mula tak faham...sebab bab membaca ni kureng sikit hehe..dah jelaskan(bg point) d komen ok i get it..thanks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...