Perbuatan Yang Mewarisi Kepapaan


Segala Puji Bagi ALLAH SWT (TUHAN SEKELIAN ALAM), Yang Mana Telah Menerbitkan DIA pada Hati-Hati Sekelian Mukmin itu Matahari Pengenalan (MA'RIFATULLAH) dengan cahaya At-Tauhid dan Yakin (AINUL YAKIN)..Juga Selawat dan Salam Atas Penghulu Besar NABI MUHAMMAD SAW Yang Mana Telah Menunjukkan JALAN MA'RIFAH Kepada Kita, juga Ahli Keluarga, Para Sahabat dan Mereka Yang Sentiasa Mengikuti Mereka-Mereka itu Hinggalah Hari Kiamat..INSYAALLAHU TAALA..AMIN

Kali nie Jamal ingin kongsikan bersama para sahabat semua berkenaan dengan Perkara dan Perbuatan yang Mewarisi Kepapaan @ Kefakiran @ Miskin. Perbuatan yang tersebut dibawah ini adalah diambil dan hasil rujukan Jamal kepada beberapa Kitab-Kitab Kuning dan Muktabar. Diantaranya ialah Kitab Taalim Mutaallim dan kitab Jauhar Al-Mauhub Wa Minabbahatil Qulub karangan Syeikh Ali bin Abdul Rahman Al-Kelantani.


Berikut ialah Perbuatan Yang Mewarisi Kepapaan :-
  1. Mengerjakan dosa
  2. Melebihkan tidur
  3. Tidur bertelanjang
  4. Tidur selepas solat subuh
  5. Membiarkan makanan yang jatuh. (tidak diambil@dibersihkan)
  6. Mengeringkan anggota badan(termasuk peluh) dengan tepi kain(pakaian) yang sedang dipakai. Untuk penyelesaian,gunakanlah sapu tangan
  7. Membakar kulit bawang(merah@putih) 
  8. Menyapu rumah pada malam hari
  9. Meninggalkan sampah pada rumah (tidak dibuang@dibersihkan)
  10. Berjalan dihadapan guru (tidak tunduk@hormat)
  11. Membasuh tangan dengan tanah
  12. Memanggil kedua ibu bapa dengan namanya
  13. Meringankan sembahyang. (solat tidak sempurna tanpa kusyuk dan tawaduk)
  14. Menjahit pakaian ketika sedang dipakai dibadan
  15. Bersegera keluar dari masjid
  16. Pergi ke pasar pada awal-awal pagi,dan melambatkan kepulangan
  17. Tidak membasuh bekas makanan
  18. Memadam pelita dengan mulut
  19. Menyisir rambut dengan sikat yang patah2
  20. Meninggalkan berdoa untuk kedua ibu bapa
  21. Memakai serban ketika duduk
  22. Memakai seluar ketika berdiri
  23. Terlalu boros atau bakhil dalam berbelanja
  24. Membuang kahak ketika qada hajat
  25. Menyapu rumah dengan kain(pakaian)
  26. Cungkil gigi dengan pencungkil kayu(gunalah tali)
  27. Duduk dibendul rumah
  28. Duduk diantara belahan pintu
  29. Berwudhu ditempat tidur
  30. Makan sesuatu ketika berjunub 
Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk kitab Taalim Mutaallim (m/s 43) dan kitab Jauhar Al-Mauhub Wa Minabbahatil Qulub (m/s 102) karangan Syeikh Ali bin Abdul Rahman Al-Kelantan.

Jamal memberi keizinan kepada sesiapa yang ingin copy article ini ye.




2 comments:

::Mastura Zakaria:: said...

assalamualaikum jamal...nak tanya ni..no 29 tu mksudnya cemana?x phm...

Ir. Jamal said...

Waalaikumussalam cik Mastura,

Jamal pun tak pasti sangat dengan perbuatan no. 29 tue. Berkenaan dengan "Berwudhu ditempat tidur"

Mungkin maksudnya begini, orang dulu-dulu kan berwudhu dengan menggunakan bekas air, bukannya pakai air paip macam kita sekarang nie. So bila mereka bangun daripada tidur, contohnya ingin menunaikan solat subuh.

Kita ditegah daripada meletakkan bekas air wudhu tersebut berdekatan dengan katil kita tidur dan menggunakannya terus sedari bangun dari tidur.

Begitu la yang Jamal faham. Mungkin juga ada penjelasan yang lain.

Wallahu A'alam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...