Trip to Pulau Langkawi (Part 1)

Dataran Helang
Alhamdulillah, Jamal telah selamat kembali dari bercuti ke Pulau Langkawi selama 3 hari 3 malam. Iaitu dari 17-20 Nov 2011 aritue. Untuk trip nie, Jamal pergi bercuti dengan member-member ex-UTM batch 2006-2010 seramai 17 orang. Trip nie memang best dan terbaik, thanks kepada semua yang terlibat dalam menjayakan trip nie, terutama sekali kepada Wan Zul Bazli yang bersusah payah arrangekan semua package, penginapan dan transportation kitorang.

InsyaAllah Jamal akan cuba kongsikan dengan korang semua tentatif dan juga tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi nie. Mana la tahu kalau-kalau ada member blogger yang nak pergi bercuti kesana nanti, boleh jugak jadikan entry nie sebagai rujukan korang.

 17 Nov 2011 (Khamis)

0945 malam – Bertolak dari Bandar Seri Putra ke komuter Bangi. Jamal naik komuter je dari Bangi ke Bank Rakyat (Pudu), exchange di Bandar Tasik Selatan.

1050 malam – Sampai di Stesen Bas Pudu. Bas yang dijangka tiba pukul 12 malam ditunda pulak ke 1230. Kitorang pun lepak la minum di kedai mamak kat Pudu tue sambil sembang-sembang

1230 malam – Bertolak dari Stesen Bas Pudu ke Kuala Perlis

18 Nov 2011 (Jumaat)

0722 pagi – Tiba di stesen bas Kuala Perlis. Disebabkan tiket feri untuk pukul 0830 dah habis, kitorang terpaksa la naik feri pukul 0930 pagi. Sambil menunggu feri tiba, kitorang breakfast dulu di Jeti Kuala Perlis tue. Layan nasi lemak je.

0930 pagi – Bertolak dari Jeti Kuala Perlis ke Pulau Langkawi dengan menaiki feri

1030 pagi – Sampai di Jeti Kuah, Pulau Langkawi. Menuggu 2 buah van sewa kitorang tiba. Sebuah Toyota Avanza dan sebuah lagi Pregio. Cukup la untuk kitorang yang 17 orang nie dengan 2 buah van tue. Kemudian terus bertolak ke Pantai Cenang dimana tempat kitorang akan menginap nanti.

1200 tengahhari – Sampai di Pantai Cenang. Kitorang stay di Tanjung Malie Resort. Kire ok la chalet tue dengan budget yang kitorang ada. Satu bilik 4 orang, siap dengan aircond,kipas,tv dan toilet sekali.

1230 tengahhari – Lunch di Pantai Cenang je, lepas lunch balik semula ke chalet untuk solat dan mandi semua.

0200 petang – Bertolak ke Jeti Awana Porto Malai untuk pergi Island Hopping ke Pulau Dayang Bunting (Tasik Dayang Bunting), Pulau Singa Besar (Eagle Feeding) dan Pulau Beras Basah (Pantai Beras Basah).

Pulau Dayang Bunting (Tasik Dayang Bunting)
Pulau Beras Basah (Pantai Beras Basah)
0545 petang – Tiba di Jeti Awana Porto Malai dan pulang ke Pantai Cenang.

0610 petang – Tiba di Pantai Cenang. Sambung berjalan di sekitar Pantai Cenang pulak. Sesiapa yang berminat boleh la cuba naik Parasailing, Banana Boat dan Jet Ski. Bayaran die kira reasonable lagi la.

0800 malam – Dinner di Restoran Nelayan, seafood die kira boleh tahan jugak la. Tapi nasib tak menyebelahi kitorang sebab malam tue hujan turun dengan lebat. So memang tak dapat nak berjalan kemana-mana la. Sempat pergi Dataran helang kejap je, tue pun nak ambil gambar tak boleh sebab suasana gelap.






pulau langkawi, trip to pulau langkawi, trip to langkawi, bercuti ke langkawi, bercuti ke pulau langkawi

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...