sambungan dari Trip to Pulau Langkawi (Part 1)
19 Nov 2011 (Sabtu)
0830 pagi – Bertolak ke Langkawi Cable Car, kitorang berhenti tepi jalan je untuk menikmati sarapan pagi.
0950 pagi – Tiba di Langkawi Cable Car. Sebelum masuk tue kitorang sempat ambil gambar ramai-ramai di pintu gerbang Langkawi GeoPark tue. Nasib baik la ade member yang bawa tripod. Jamal bawa DSLR je, tapi tripod tak bawa.
Langkawi Cable Car |
1200 tengahhari – Bertolak ke Makam Mahsuri. On da way ke makam mahsuri tue kitorang sempat singgah di kedai gamat untuk beli barang-barang yang berkaitan dengan gamat nie.
0200 petang – Tiba di Makam Mahsuri. Nak masuk ke kompleks Makam Mahsuri tue kitorang dikenakan bayaran RM5 seorang.
Makam Mahsuri |
0430 petang – Bertolak ke Pekan Kuah. Nie sesi paling best untuk habiskan duit, memang rambang mata bila masuk kedai coklat tue. Kitorang pergi shopping di kedai Haji Ismail Group. Sebab dah tahu owner kedai tue orang Islam, so harap-harap semua coklat yang dijual kat situ HALAL la kan. Tak payah la kitorang susah-susah nak pilih dan lihat ingredients die satu persatu. Harga coklat kat Langkawi nie semuanya murah-murah belaka, ikutkan nafsu memang nak beli je semua jenis coklat yang ade kat situ..haha
Haji Ismail Group - Tempat kitorang borong coklat |
0600 petang – Singgah di Masjid untuk menunaikan solat Jamak dan Qasar. Kemudian terus ke Dataran Helang untuk sesi ambil gambar lagi.
0800 malam – Bertolak balik ke Pantai Cenang, niat dihati kitorang nak masuk ke UnderWater World kat sana. Tapi bila sampai sana dalam pukul 0900 malam, UnderWater World dah tutup. Kitorang pun pergi sambung shopping di The Zone kat sebelah kompleks UnderWater World tue. Tapi The Zone pun nak tutup dah pukul 0930 malam.
1000 malam – Dinner di Restoran De Fiqa kat area Pantai Cenang tue jugak. Ikan bakar kat sini memang terbaik. Kitorang order Ikan siakap ngan ikan pari bakar. Sotong pulak buat masak sambal. Memang sedap hingga menjilat jari, boleh promote restoran nie kat member-member tau. Lepas dinner terus balik ke chalet untuk rehat dan kemas barang sebab esok nak balik dah kan.
20 Nov 2011
0800 pagi – Bertolak dari Chalet di Pantai Cenang ke Jeti Kuah. Sempat beli roti je di Jeti Kuah tue untuk buat alas perut sebab tak sempat nak breakfast
0900 pagi – Feri bertolak dari Jeti Kuah ke Kuala Perlis
0950 pagi – Tiba di Kuala Perlis
1030 pagi – Bertolak pulang dari Stesen Bas Kuala Perlis ke KL (Pudu)
0800 malam – Sampai di Stesen Bas Pudu. Solat Jamak dan Qasar dulu kat Pudu, lepas tue terus naik LRT ke Bandar Tasik Selatan dan kemudian exchange Komuter untuk ke Bangi.
Apa yang Jamal boleh kongsikan dengan korang semua mengenai trip nie ialah Pulau Langkawi memang sebuah pulau yang memang patut dilawati. Bukan sahaja kaya dengan sejarah Mahsuri, Pulau Langkawi juga memiliki pantai-pantai yang tercantik di Malaysia nie. Jamal sempat pergi Pantai Cenang dan Pantai Beras Basah je. Pantai Beras Basah antara yang tercantik, dengan pasirnya yang halus dan juga airnya yang jernih. Jamal pun sempat mandi kat pantai nie, memang best.
Selain dari tue, Pulau Langkawi nie juga tempat yang best untuk korang yang kaki shopping sebab pulau nie adalah zon bebas cukai (duty free). Paling best kalau nak shopping cokelat, perfume, pinggan mangkuk dan sebagainya. Jamal syorkan shopping di Pekan Kuah, memang agak murah sikit harga die dari tempat lain.
Disebabkan masa yang terhad untuk trip nie, Jamal memang tak sempat nak pusing satu Pulau Langkawi nie. Jamal pun tak sempat nak pergi snorkeling kat Pulau Payar. InsyaAllah lain kali kalau panjang umur Jamal pasti akan pergi pulau nie lagi. Kali nie nak pergi snorkeling pulak dan nak pusing-pusing satu Pulau Langkawi tue..hehe
Next Trip nak pergi mana pulak ye...mmph...any idea ?
pulau langkawi, trip to pulau langkawi, trip to langkawi, bercuti ke langkawi, bercuti ke pulau langkawi
14 comments:
akk kalau nk ke langkawi mesti kena pusing semua satu pulau , rugi lah pergi tk pusing semua
Hehe..nak buat macam mana kak..masa terhad, lagipun pergi ramai-ramai, kena la balik sama-sama jugak kan.
Kalau Jamal memang tak kesah nak balik lambat sikit sebab cuti memang banyak lagi.
Tapi takpe la, InsyaAllah lain hari ade rezeki boleh pergi sana lagi..
:-)
kt kedai hj ismail grup ni lah azu berabih almost rm500..shopping cokelat tuk owg kg, pinggan mangkuk kuali, beli beg travel psl xmuat plastik..nasib x borong satu kedai..haha
Betul tue Azu,
Kitorang 17 orang semua borong dan minimum RM100 kot abis setiap sorang untuk beli cokelat je. Ade yang beli cokelat je dah abis RM250..memang best habiskan duit..haha
saya tak pernah pegi langkawi. best ye~ teringin!
kalau tak pernah pg memang kena pg la nie, at least sekali.
Memang best bercuti ke Langkawi, tak rugi habiskan duit..hehe
seronoknya dapat pergi langkawi..kalau menginap lama sikit tentu lagi best, peluang yang tak dapat dilepaskan.
Tue la Bro Ahmad, pergi kejap sangat. Tue yg tak puas berjalan..hehe
wah syok betul bercuti jamal..aku dulu pegi langkawi sekejep je pun..pegi balik hari..tapi langkawi memang terbaik la...
Kingdom Tower ketinggian 1600meter (1.6KM)
mesti la wan..release tension keje..hehe
bestnye g trip langkawi eh?
msti stok coklat byk lagi kan..
bile la ja dpt g langkawi nih..:)
Memang best sangat cik mieja. Ade banyak lagi stok dalam peti sejuk tue..banyak lg coklat daim,toblerone,hershey ngan ritter sport..yummy
Kalau nak meh la singgah rumah..haha
kalau utara.langkawi ni je tak pernah jejak lagi...tak berkesempatan betul kalau ke utara nak pegi pulau....
dapat makan coklat buah tangan orang balik langkawi jerla.......
huhu
Kalau tak pg lagi memang wajib pg nie cik eka, seronok tau, rugi kalau tak pernah pg...
:-)
Post a Comment